Inai Che Ta - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, January 18, 2024

Inai Che Ta

Dah lama teringin nak berinai..
Kali ni beli jugak di Shopee..
MY beli inai Che Ta.
Tak tahu nak beli inai apa sebab banyak sangat pilihan.

Inai Che Ta
Lawa kemain kotak dia...
Mahal kat kotak kut nih...hahaha
Harga RM8.35 + Shipping RM 4.90

Inai Che Ta
Ohh.. dalam botol macam ni haa..
Senang aje ha nak pakai.
Buka je penutup muncung botol tu,
Pakai terus kat kuku

Inai Che Ta
Ni masa inai tu masih basah lagi.
MY ambil yang warna maroon rose

Inai Che Ta
Bila inai tu dah kering,
Kopek je inai yang dah kering tu buang.

Inai Che Ta
Taraa... hasilnya...
Rasa cantik.. Macam mengimbau kembali jaman pengantin baru...hehehe
MY repeat 3 kali baru warnanya nampak cantik..
Tapi lepas 3 hari dah pudar..
Lahhh...
Masa dulu guna inai daun macam tak pudar dari kuku.
Pudar yang kat jari je.
Memang nak kena ulang pakai sentiasa ke ni?
Bila dah pudar,
Dia dah mula warna oren cair macam tu..
Ala buruk la ..
Nak kena letak lapisan baru lagi la ni..
Inai apa lagi yang best kat pasaran?
ke nak beli inai daun je ni?
tumbuk sendiri kat rumah lagi feel pengantin..hahaha




 

6 comments:

  1. saya haritu teringin nak pakai inai beli inai neelofa,tengok orang pakai nampak cantik..bila dah beli pakai sendiri dah rupa jari tersepit pintu

    ReplyDelete
  2. inai daun pun dah tak merah mcm dulu2...hihihi

    ReplyDelete
  3. wahhhh! mak Ana suka juga pakai inai tp inai celup yg biasa je hehe

    ReplyDelete
  4. Antara sebab saya dah tak pakai inai, sebab inai yang cepat oren dan perlu ditopap selalu huhu.. Tapi saya tak pakai inai Che Ta la masa tu

    ReplyDelete
  5. inai che ta ni cantik...aritu ada pakai opismates bg try...yg inai lofa tu ada kwn pki xbrp kenan sbb mcm lebam terkepit pintu

    ReplyDelete
  6. Dah pernah pakai inai ni. Warnanya memang cantik. Tapi itulah nak kena banyak layer baru nampak cantik. Pastu malas dah nak pakai selepas pudar. hihi...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad