Absolute Thai The Mall Mid Valley Southkey JB - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, July 7, 2025

Absolute Thai The Mall Mid Valley Southkey JB

Dah seminggu dah berlalu bulan Julai.
Baru nak mula mengarang entry pertama bulan ni.
Haish.. entahla..
mood menulis ke langit, ke laut, ke gunung mana entah terbangnya.
Padahal tempat menulis dah setting sikit punya lawa dan selesa.. 
Tapi tetap la tak rajin jugaaa...

Ni minggu bila punya kejadian Mama yan pun tak ingat dah.
Kena tengok resit baru boleh ingat...hahaha...
lepas selesai kerja hari Sabtu,
MY dan suami pergi ke Mid Valley Southe Key,
Suami ajak sebab nak pergi cari barang golf di MST Golf.
Atas kedai MST,
Ada Popular Book Store..
Jadinya Mama Yan tinggalkan suami kat kedai golf sorang-sorang,
Harap-harap takde yang menguratlah.
Tapi takde hal sangat,
Perempuan Malaysia kebanyakannya mengidamkan lelaki kacak tinggi macam Lee Kwang Soo dan Ro Woon atau paling kurang Lee Min Ho.
Jadi MY takde la risau sangat sebab ketinggian suami MY jauh di bawah 'par'... hehehe


Masa di Popular Bookstore, 
Mama Yan beli tiga buah buku fiksyen untuk Mama Yan,
Dan beberapa buah komik untuk anak-anak.
Nanti cerita pasal buku kita tulis di lain entri.
Dah lama juga tak buat review buku atau drama..
Punyalah tak rajin…

Tak tahu nak makan apa…
Kebetulan masa jalan nampak Absolute Thai,
Masuk je la terus sebab tengok orang tak berapa ramai.
Suami MY order air kelapa dan MY pula nak air masak aje.
Tapi kesudahannya, air kelapa tu MY yang habiskan.
Dengan isi kelapa tu sekali MY perlicinkan… hahaha

Ni Mama Yan punya Thai Noodle Beef Soup.
Masin.. hahaha
Mama Yan memang tak kuat masin. 
Tak berapa sedap tapi dah order, makan je lah. 
Bukan selera Mama Yan la sup kat sini.
Daging dan meatballnya banyakkk..
Mangkuk pun besar…
Tapi tu lah..
Tak kena selera...
Tapi MY memang suka makanan yang kurang rasa dan perisa.
Masa zaman student dulu,
MY selalu ambil lauk yang warna cerah macam sup ayam dan sayur bening.
Kawan kawan Mama Yan cakap, macam makanan hospital. 


Yang ni Tom Yam Seafood Fried Rice with Chicken Wing pesanan suami.
Tapi dah macam rasa nasi tomyam.
Ada sotong, udang, daun limau purut bagai.
Suami pun approve jugak sedap katanya.
Tapi MY rasa macam nasi goreng seafood kedai siye bawah opis kami je...
betul la kan..
dua dua made in Thailand

Buat tambah tambah gambar...
Orang lain buat review kedai makan siap ambil gambar suap makanan,
gambar ternganga,,
gambar menyudu,
gambar pegang pinggan,
Mama Yan?
gambar sos dan pinggan aje ke?....
Ya... Malasss... MY suka tulis je..
Nak ambil gambar-gambar macam gaya malas.
Kita dah la tak berapa nak ada rupa..
Tiba muka kita je penuh skrin handphone...hiasshhh... 

Lepas siap makan, kami pun terus beransur pulang.
masa jalan dalam mall tu,
Kami tengok,
Kedai kedai kopi hipster dan kopitiam moden ni semua penuh orang,
Sampai keluar orang beratur..
wahhh..
memang tengah trend ya sekarang..
Jalan jalan cari kopi..
Sorang kawan MY pergi lepak lepak,
MY tengok harga kopi dia lebih mahal dari makanan..
Aiyakkkk...
Rabak kocek...
hahahaha...
Ok lah... Mama Yan nak bancuh Indocafe kopi o kejap...
Sekian... Wassalammmm

 

2 comments:

  1. Risau jugak MY walaupun ketinggian di bawah 'par' tapi koceknya tidak. Kita sama la tak kuat masin, tapi kita suka yang lemak², hahaha.

    ReplyDelete
  2. Cantik jugak bekas cili macam tu. Selalu kedai makan ni bekas cili pun entah berapa lama tak basuh. Yang plastik lagi cepat berdaki. Nampak bersih yang stainless steel.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad