Ambil Report Card Sekolah Anak - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, August 18, 2025

Ambil Report Card Sekolah Anak


Dah dua minggu dah berlalu sebenarnya,
tapi baru ni la nak update...
Ni depan sekolah Mijan.
Punyalah jauh Mama Yan dapat parking. 
Padahal baru pukul 8 pagi...


Anak istimewa kami...
Buku-buku sekolah Mijan memang tak pernah bawa balik. 
Hari macam ni aje lah dapat tengok perkembangan semasa Mijan dalam kelas.
Anak-anak istimewa ni,
dalam kelas karektor mereka tak sama macam di rumah.
Kat rumah punyalah manja,
memang melekat aje dengan mamanya macam fridge magnet,
Dan anggapla mamanya ni macam peti sejuk 4 pintu.
 Tapi kat sekolah, 
pandai aje berdikari sendiri.
Cikgu cakap dia dalam kelas dah macam pengawas dah.
Kuat betul mengadu.
"Cikgu, Danish tak nak tulis''
''Cikgu, Alif bercakap"
''Cikgu...orang ni kacau orang ni"
Tergelak cikgunya bercerita


Ni hasil lukisan adik Mijan..
Comelnya mother... hahaha
tak pernah dalam hayat ayah pergi kerja pakai tali leher...
Waktu matematik dan english dia nak la belajar,
Waktu Bahasa melayu dah start buat buat mengantuk...


Lepas selesai kat kelas Mijan,
Hantar dia balik dulu.
Kemudian sambung ke sekolah Aril, Ucid dan Sarah.
Budak bertiga tu dah taknak bergambar dah.
Mama Yan jenis tak banyak cakap..
Cikgu cakap apa pun,
Mama Yan angguk aje.
Lepas tu ucap terima kasih cikgu..
Kelas Ucid dan Sarah sekejap je.. dengar je guru kelas dia cakap cakap dan bagi ulasan.
5 minit settle untuk si kembar Ucid dan Sarah.
kelas Aril pula, menunggu lama...
Cikgu pun bercakap lama.
Banyak betul ulasan cikgu.
hahaha...

Anak anak paling suka hari ambil report card ni sebab hari tu tak belajar.
Dahtu, dapat balik awal juga.
Mama Yan bukanlah tak pentingkan pelajaran.
Tapi dah memang Mama Yan tak banyak bercakap.
Mama Yan suka menulis aje.
Kat luar takdelah peramah sangat.
so, kalau takde apa yang nak tanya kat cikgu,
balik ajelah.

Settle untuk setengah tahun,
Jom fokus untuk akhir tahun pulak ye anak anak....
sekian, wassalam

 

4 comments:

  1. Settle dah ye....amboi Mijan...kat sekolah bukan main aktif ye..

    ReplyDelete
  2. Comel gambar Mijan dengan mamanya.
    Geli hati pulak baca pasal Mijan suka mengadu tu 😀
    Bagus ada sesi gini, dapatlah ibu bapa tahu macam mana perangai anak di sekolah.

    ReplyDelete
  3. Gitulah anak ppki ni, untung mereka, buku tak payah bawak balik, sama jelah macam si Aiyan. Aiyan masa sekolah rendah sangat aktif masuk sekolah menengah malas betul. Nak kene ingatkan setiap hari

    ReplyDelete
  4. sama lah kita mama yan...tak tahu nak cakap apa...apa keputusan yang keluar, itulah effort anak2..yang linda nak tahu, perangai nya dekat sekolah..itu je..risau kalau kat sekolah tak macam dekat rumah

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad