Akhirnya…
Dapat juga merasa air kelapa pandan depan rumah ni…
Abaikanla meja batu yang berlumut tu,
Tak sempat nak sental.
Sedapnyaaa…
minum masa panas panas lagi sedap...
Masa beli tokey tu kata kelapa pandan,
Tapi takde bau pandan pun. bau kelapa aje..
Air kelapa ni orang kata penawar racun.
Isinya pun sedang elok.
Isi kelapa muda ni,
Orang Jawa panggil degan.
Mama Yan panggil isi kelapa muda aje..
Takde kata nama special.
ingatkan nak tulis sekali kebaikan dan khasiat kelapa muda.
Tak payahla..
Kalau orang nak cari,
boleh cari kat ChatGPT.
Mama Yan nak menunjuk air kelapa muda hasil tanaman sendiri aje.
Kat kebun ada lagii tanam beberapa pokok kelapa..
Ada benih kelapa tacunan, ada kelapa mataq,
ada kelapa kampung,
ada yang naik cepat,
ada yang bantut tak besar besar,
ada yang dah mati meragan diserang kumbang..
Ada juga yang dah disondol...
tengoklah mana yang ada rezeki nanti...
Belum cukup pandan lagi kot MY, sebab kalau kelapa pandan tu kan bau harum pandan dia tu semerbak... Tapi puas hati la dapat merasa hasil tanaman sendiri
ReplyDeleteOk, MY.. sedapnya air kelapa pandan. Wangi kan.
ReplyDeletepenawar racun, penawar ubat pun dia jugak.. sebab tu kalau tengah makan apa-apa ubat, hati-hati kalau nak minum air kelapa.. risau dia back to zero balik.. hehe..
ReplyDeletemggu lepas bapa mertua bagi setandan kelapa pandan...sedap nikmat minum air kelapa ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah menikmati hasil tanam sendiri 👍🏻
ReplyDeleteDapat juga merasa buah kelapa yang ditanam. Kampung saya pun ada juga pokok kelapa pandan ni. Selalu juga ambil buat air. Entahlah ek, ada bau ke tidak. Ada kot, bau wangi-wangi pandan sikit.
ReplyDeleteBanyak juga jenis kelapa yang ditanam tu, harap ada rezeki jugalah merasa hasilnya.
air yg sedap + byk khasiat...sekrg ni tanya chatgpt je senang...hihi..
ReplyDeleteTakpelah walau bukan kelapa pandan, yang pasti tetap rasa puas dapat menikmati hasil tanaman sendiri kan Yan.
ReplyDeleteKelapa tacunan…tak pernah tau pasal jenis kelapa yang ni.
Iyaaa saya sebutnya juga es degan 🤭.
ReplyDeleteSaya pikir tadi kelapa muda pakai air pandan. Ternyata memang jenisnya kelapa muda pandan ya kak. Tp pelik juga kalo tak ada wangi pandan 🤭
Sedapnya kalau dapat minum air kelapa muda pandan bila cuaca panas lit-lit. Banyak spesies kelapa rupanya ye. Yang saya pernah minum rasanya kelapa yang spesies ini sahaja. Alhamdulillah rezeki banyak tanaman kelapa di kebunnya
ReplyDeleteAda tanam kat rumah katanya yang beri benih tu kelapa pandan...tapi kelapa pandan ni pokok rendah....pokok kat rumah tinggi.
ReplyDeletebiasa kalo tk sihat , mmg cari air kelapa..kiranya penyejuk bdn org kata...tp air kelapa pandan tk pernh try
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapat nikmati air kelapa dari pokok kelapa tanam sendiri.
ReplyDelete