Tajuk : Laskar Pelangi
Penulis : Andra Hirata
Cetakan Pertama : 2024
Penerbit : Jejak Tarbiah
Penterjemah : Saadiah Ali
Bilangan mukasurat : 270
Bahasa Asal : Indonesia
Novel ini merupakan terjemahan kepada novel pertama tulisan Andrea Hirata pada tahun 2005 dan mendapat sambutan hangat di Indonesia.
Bukan sahaja di Indonesia,
sehingga kini,
Novel ini telah diterjemahkan ke dalam puluhan bahasa dunia termasuk Inggeris, Melayu, jepun, Jerman, Perancis, Belanda dan lain-lainnya.
Novel ini juga kemudiannya difilemkan pada tahun 2008
Novel Laskar Pelangi ini mengisahkan tentang sebelas orang anak kampung di Belitung yang belajar di SD Muhammadiyah.
SD merupakan singkatan kepada sekolah dasar.
Mungkin bersamaan dengan sekolah rendah kalau di Malaysia.
SD Muhammadiyah sebuah sekolah yang sangat kecil.
Hampir sahaja ditutup sekiranya tidak cukup 10 orang murid.
Walaupun bangunannya hampir roboh dan serba kekurangan,
semangat mereka untuk bersekolah tidak pernah pudar.
Dengan bimbingan dua guru yang luar biasa sabar,
Ibu Muslimah dan Pak Harfan,
mereka menempuh hidup seharian dengan penuh cabaran,
Namun sentiasa sahaja disulami dengan gelak ketawa
.
Setiap murid memiliki kisah yang unik,
Ikal-si pencerita,
Lintang- murid paling genius,
Mahar- artistik & kreatif,
Kucai - si ketua kelas,
Trapani - harapan bangsa,
Harun - anak kecil yang terperangkap dalam tubuh dewasa
Sahara - puteri kecil keras kepala,
Dan selainnya adalah Aki, Adan, Bore’ dan Floriana
Kebanyakan penduduk di pulau itu bekerja sebagai pelombong bijih timah.
Mereka bukan hanya belajar membaca dan mengira,
tetapi juga belajar tentang erti kehidupan, persahabatan, keberanian, dan harapan.
Lebih daripada sekadar kisah sekolah dasar,
Laskar Pelangi mengingatkan kita tentang kepentingan pendidikan,
Kehidupan yang berlandaskan keikhlasan, kasih sayang, kekeluargaan dan persahabatan,
Tidak ada pembulian atau penganiayaan sesama sendiri.
Novel ini mampu membuat kita tersenyum dan menangis.
Ya, Mama Yan menangis.
Sedih sangat ketika Lintang yang genius terpaksa mengundurkan diri dari alam persekolahan.
Kematian ayah dan terpaksa menggalas urusan orang dewasa,
Pedih dan sedihnya tu…
Sampai ke dalam dada.
Bila melihat senario yang meruntun hati sebegini,
Kita menjadi lebih termotivasi untuk lebih menghargai setiap ruang dan peluang yang kita miliki dalam hidup.
Sekian, wassalam
Rasa dekat sangat di hati novel Laskar Pelangi ni. Teringat kenangan manis di Belitung pulak.
ReplyDeleteAda movie juga kan? Rasa macam pernah tonton...
ReplyDelete