Hari Ahad lepas ,
Mama Yan dan suami melawat kebun yang telah lama kami tinggalkan dek kesibukan harian.
Patutnya anak anak mengaji Hari Ahda pagi,
Tapi entah macam mana boleh terlupa.
Terus aje ke kebun.
semak betul kebun dah lama suami tak meracun.
Pokok pokok pun ada yang rosak dek penyakit,
Ada yang kena sodok penyondol,
Tapi yang pasti semuanya kurang nutriri sebab dah lam tak baja.
Dah la kebun ni sebahagian tanahnya gersang sebab pemilik asal dah potong tanah atasnya untuk diratakan.
Ni kat kawasan kolam ikan tilapia.
Entah la ada lagi tak ikannya.
ke dah habis kena bedal biawak.
Atau sebenarnya semakin membiak.
Ni pula bekas reban ayam.
Ayamnya dah habis lama dah.
Main ayam tu masa musim PKP tu aje sebab takde kerja.
Lepas tu kami buat simpan barang macam kayu kayu dan paip.
Kat sini tanahnya keras betul.
Owner lama tu potong dan ratakan tanah untuk buat tapak kebun sayur dalam polibeg tu.
Tanam apa apa memang payah nak naik.
Yang subur lalang aje.
Lepas selesai pusing pusing kebun,
Kami singgah aje makan kat warung kecik tepi jalan.
Suami order lontong kering,
ada rendang daging, serondeng dan sambal kacang.
Tapi dia makan dua suap aje... aiyaa
Mama Yan pula makan nasi lemak telur rebus.
Takde pilihan banyak pun.
Sarapan ala kampung je....
takde menu yang fancy fancy pun
Harga dengan secawan kopi o panas dan segelas kopi o sejuk ialah RM14 sahaja.
Berbual laki-bini dari sepanjang perjalanan ke kebun,
sampai kebun,
masa sarapan dan sampai la balik rumah...
cerita tetap tak habis habis.
Harap-harap akan terus bercerita dan menua sampai akhir usia.. InsyaAllah..
Sekian.. Wassalam
.jpeg)

.jpeg)

Try pancing tu mana tau kot membiak sedap jugak makan ikan kolam.
ReplyDeletedah lama tak memancing, tak sempat
DeleteNak tambah ayat last tu semoga bahagia hingga ke Syurga...
ReplyDeleteInsyaAllah.. aminnn
DeleteBestnya ada tanah kebun...SA ni arwah mak ada banyak tanah tapi banyak nama..sampai sekarang x dibahagi2kan..penama pun adah ramai dah xde..tinggal 2-3 orang je masih hidup
ReplyDeleteye.. kebun arwah atok saya pun baru aje dapat selesaikan bicaranya.
DeleteAlhamdulillah.. seronok nya dapat sembang tak habis²..Linda dengan incikSuami tak reti bersembang sgt, lagi² kalau nak curhat..hahaha..yang NIE, taip je dekat wasap..lepas tu send..
ReplyDeletesuami saya yang banyak bercakap, saya banyak sambut aje
Deletehargai setiap kesempatan yang ada ketika berdua dengan suami kan Yan, apa kata make over semula kebun tu Yan, nampak subur tanah situ kalau di usahakan semula..
ReplyDeletenak make over tapi tak sempat. tengah busy sekarang
Deletecuba jala . ntah ntah berlambak ikannya. uishh sedap goreng berlado tu
ReplyDeletedah beli jala, tapi suami tak pandai menjala
DeleteKenaoa makan lontong kering dua suap jew.... Bestnya ada ranah kebun.
ReplyDeletehmm.. ora enak.
DeleteIni kalau diusahakan tanam apa yang sesuai dengan tanah begitu, menjadi pulak tu mesti seronok. Okaylah sarapan makanan kampung sesekali. Fancy² nanti banyak pilihan pening pulak kita nak buat pilihan. Alhamdulillah seronok isi masa berbual ni.
ReplyDeletetanam serai pun tak hidup atas tanah tu. lalang hidup pulak.. padahal rupa sama je tu...
DeleteKena guna kaedah lain kot macam tanaman guna polibeg letak atas. Pernah nampak orang buat tapi tanam macam tumbuhan menjalar lah. Timun, tembikai susu, rock melon. Dah tak menjadi, susah juga nak memikirkannya tu.
DeleteTanah keras memang susah.. satu cara sahaja untuk bertanam guna fertigasi polybag
ReplyDeleteyer.. masa tanam pokok durian kami gali guna jcb dan beli top soil untuk ganti tanah keras tu.
DeleteFirstly bagitau saya berjaya follow blog ni..semoga petanda kita sahabat blog..aamiin.
ReplyDeleteaminnn
DeleteSeronok tengok org ada tanah kebun tapi tak sure la mampu ke tidak nak kerjakan tu kalau ada pun sbb tengok bnyk cabaran dan kena kerja keras juga utk jayakannya
ReplyDeleteni angan angan bukan main. akhirnya terbiar juga bila sibuk dengan kerja hakiki
Deletedah tua sok lain macam pulak ceritanya...memasing dah tak cukup gigi, dah menyembur2 je bila bercakap hahah
ReplyDeleteAaamiiin. Semoga trus bersama dan tetap langgeng kaaak 🤗. Sarapan sedap, simple tapi mengenyangkan. Tambah kopi o lagi.
ReplyDeleteSeronok, ada tanah kebun. Boleh ikut cadangan pakcikblogger di atas. Saya pun banyak tengok orang sekarang tanam pokok tergantung je, tak guna tanah. Murah, sarapan RM14 saja. Nampak sedap lontong kering.
ReplyDeleteTak perlu kuah lodeh pun dah cukup menyelerakan 😍
ReplyDelete