Jogging Hari Malaysia 2025 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, September 19, 2025

Jogging Hari Malaysia 2025

Cuti Hari Malaysia Selasa lepas,
Kami sekeluarga pergi berjoging di sekitar Laman Diraja dan stadium mini Pontian.
Takde aktiviti apa apa untuk anak sepanjang cuti ni,
Bawak la keluar ambil angin

Agak ramai juga orang yang datang berjoging sekitar stadium mini Pontian ni.


Alhamdulillah cuaca cantik…
Gambar pulak tak cantik…hahaha
Sebenarnya MY tak berlari pun, 
Brisk walking aje…


Sarah joging dua pusingan,
Brisk walk dengan mamanya lagi tiga pusingan. 
Mama buat senaman ringan dan regangan sementara dia joging.
Dia masih di awal remaja,
Stamina tinggi.
Mama dia ni pulak… dah lama tak bersenam..
Dah dua hari berlalu,
Tak hilang lagi sakit betis MY ni tau.
Itu berjalan tiga round padang aje,
Kalau berlari mahu terkilas lutut MY ni ke belakang agaknya


Ni suami MY bawa anak anak turun tengok ikan belacak kat lumpur tu…
Air tengah surut…
Sampah berlambak lambak…


On the way balik tu MY nak singgah pasar Pontian,
Nak beli lala,
Kami singgah la sarapan kat kedai Melayu dulu. 
Semua makan roti canai aje.
Orang kedai tu tanya suami…”semua anak ke ni?”
Anak ramai ni memang menarik perhatian ya.. hahaha

Tahun lepas, masa cuti Hari Malaysia kami pergi jalan-jalan ke Kuala Lumpur…
Tahun ni tak keluar dari Johor…
Suami sibuk kerja…
Anak anak pun sibuk belajar…
Sarah dan Ucid ada hafazan UPKK lepas cuti ni..
Abang pula nak SPM, tinggal lagi berapa bulan aje ni.

Tak kisah la bercuti atau tak.
Asalkan cuti yang ada digunakan dengan sebaiknya… 
InsyaAllah..





 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad