Anak-anak Mama Yan ajak buat BBQ sebelum cuti sekolah berakhir,
Mama Yan dan suami layan aje.
Untuk tambahan, Mama Yan buatkan kentang putar untuk dimakan bersama BBQ.
Resepinya MY minta pada chat GPT aje.
Senang dan menjadi.
Cuma terlembik sikit.
Maklumla percubaan pertama.
Resipi Kentang Putar
Bahan-bahan:
4–5 biji kentang (saiz sederhana, kupas kulit)
2 sudu besar mentega
Setengah cawan susu penuh krim (boleh tambah ikut kelembutan yang disukai)
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya
2 sudu besar mentega
Setengah cawan susu penuh krim (boleh tambah ikut kelembutan yang disukai)
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya
(MY pakai serbuk aji-shio black pepper)
Cara-cara membuatnya:
Mula-mula, rebus kentang dalam air bertutup garam sehingga empuk.
Toskan air, masukkan mentega dan lenyek kentang ketika masih panas.
Toskan air, masukkan mentega dan lenyek kentang ketika masih panas.
Tuang susu sedikit demi sedikit sambil lenyek hingga tekstur halus dan berkrim.
Kalau tak suka lembik sangat, tak perlu habiskan setengah cawan susu tu.
Perasakan dengan garam & lada hitam.Mama Yan lenyekkan pakai garpu aje.
Resipi Sos Gravy
Bahan-bahan:
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan stok ayam / daging (boleh guna kiub stok yang dicairkan)
½ sudu kecil kicap lemak manis (untuk warna & rasa)
Sedikit serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan stok ayam / daging (boleh guna kiub stok yang dicairkan)
½ sudu kecil kicap lemak manis (untuk warna & rasa)
Sedikit serbuk lada hitam
Cara menyediakan:
Cairkan mentega dalam kuali.
Masukkan tepung gandum, kacau hingga perang keemasan (ru roux).
Tuangkan stok perlahan-lahan sambil terus kacau supaya tidak berketul.
Masukkan kicap pekat, kacau hingga sos pekat dan berkilat.
Perasakan dengan lada hitam jika suka.
Masukkan tepung gandum, kacau hingga perang keemasan (ru roux).
Tuangkan stok perlahan-lahan sambil terus kacau supaya tidak berketul.
Masukkan kicap pekat, kacau hingga sos pekat dan berkilat.
Perasakan dengan lada hitam jika suka.
Pati ayam tu dah masin, tak perlu garam lagi.
tapi kalau suka masin, boleh je tambah garam
Nasib baik tak bercalar periuk comel ni walaupun pakai whisk besi
Mama Yan buat perapan untuk bakar-bakar tu cari resepi di internet aje.
Mudah betul zaman sekarang.
Masa BBQ tu kami bakar 6 ketul ayam whole leg,
Daging batang pinang, kambing pak mat western, udang galah dan ikan cencaru.
Yang mula mula tu banyak yang hangus sebab biarkan si abang yang membakarnya.
Dibakar pakai api menyala nyala.
rentung ayam dan kambing.
Ayam tu MY buang aje kulitnya... hahaha
Yang kemudian tu,
baru okay sikit.
Pakai bara api.
Alhamdulillah... anak anak seronok.
Yang bagusnya semua tak berat tulang untuk buat kerja sama sama.
Dari menyediakan sampai la mengemas..
Semua pantas.
Nanti kita repeat lagi lepas abang habis SPM okay anak anak.
Kita buat kat rumah atok pun okay juga ni.
Ramai sikit boleh join.
Takde pula gambar aktiviti...
lupa nak ambil...
hahah..
Sekian...wassalam
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)