Ahad lepas Mijan Mama Yan dan suami bawa Mijan pergi cabut gigi kat Abby Dental Clinic Taman Universiti,
Gigi taring sebelah atas dah goyang,
Bawalah pergi klinik gigi sebab anak autism ni dia ada sifir dia sendiri,
Cabut gigi wajib pergi klinik gigi.
Kalau abang kakaknya dulu,
Kalau gigi kacip tu dah longgar sangat,
Cabut sendiri aje.
Selain cabut gigi,
MY juga minta doktor buat tampalan pada gigi geraham susu Mijan,
Berlubang teruk.
Jadinya hari Ahad lepas gigi kena cabut sebatang dan tampal satu tempat.
Lepas selesai cabut dan tampal,
kena Xray sebab ada gigi yang berlubang teruk tu doktor nak tengok lubangnya sampai mana.
Dan nak tengok gigi geraham kekal dia ada ke tidak.
Jadi minggu depan kena datang lagi sekali untuk buat tampalan seterusnya.
Anak-anak macam ni,
Bukan senang nak gosok gigi mereka,
lebih kurang macam nak gosok gigi biawak tau,
meronta ronta ronta.
Bila dia dah besar sikit,
Dah nak gosok gigi, dia nak gosok sendiri,
Tak bagi orang gosokkan.
Tapi tu lah..
Gosoknya tak berapa bersih sebab tu la berlubang sakan kat geraham tu.
Setakat ni,
untuk bawa Mijan,
Mama Yan memang selesa bawa ke Abby Dental Taman Universiti Skudai ni aje.
Doktor dia agak mesra kanak-kanak.
Dah la doktornya comel dan stylo.
Yang nak cabut gigi sorang,
tapi kami keluar satu family.
Sebabnya lepas Mijan cabut gigi nak pergi makan tengah hari terus.
Lepas settle cabut gigi Mijan,
Kami pun terus pergi makan ke Restoran Nasi Kerabu Cikgu CT yang terletak di Taman Impian Emas...
So.. kisah mkan...
sambung di halaman yang berikutnya..
Sekian, wassalam.
.jpeg)

Bagusnya Mijan ni.. Rela dan tenang je jumpa doktor gigi.
ReplyDeleteNaniey yang remaja bangka ni bawa anak pergi jumpa doktor gigi macam diri sendiri nak jumpa doktor gigi. Haishhh rasa berdebar tu dari zaman sekolah rendah sampai sekarang tak hilang.
Bagus Mijan tak takut jumpa dentist. Aunty yang dah tua ni pun seram nak jumpa dentist. Hihi
ReplyDeleteSteady Mijan tak nangis cabut gigi dan tampal. Okay tak tu Mijan nak makan lepas cabut gigi. Bagus juga ada klinik yang selesa untuk kita pergi buat rawatan. Tengok Xray tu teringat masa mula-mula nak pakai braces. Guna xray macam tu juga.
ReplyDeleteDan ntah kenapa yg paling susah itu anak lelaki utk minta mereka bersihkan gigi sampai ke geraham2. Anak saya yg bungsu pun sama. Giginya lebih banyak lubang dibanding kakaknya. Dah saya ajarkan cara gosok yg benar, tetap saja ada yg berlubang..pening lah memang. Habis limit gigi dari insurance dipakai dia semua
ReplyDeleteLega gigi dah cabut ya...boleh tumbuh la gigi kekal tu. Dania dulu ada yang cabut sendiri sebab tukang longgarkan tu Dania. Dia cabut sendiri. Pernah juga Dr cabut sebab gigi dah tumbuh dah kat gigi atas tu. Alehnya Dr cabut 2 sekali. Udah giginya lopong kat atas.
ReplyDeleteSekurang2 nya dia lebih berani dari uncle... uncle takut dentist!
ReplyDeleteMujur dia tak meragam ye MY.
ReplyDeleteHalah.. Halah.. Makin berdebar pula perasaan Sha nak jumpa doktor gigi esok lepas baca entry ini..
ReplyDeleteBaguslah Mijan.. Steady ja..