MY Comfort Food - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, November 16, 2025

MY Comfort Food

Comfort Food bermaksud makanan yang memberi kita rasa selesa,
rasa tenang, rasa nostalgia atau rasa gembira bila dimakan.
yang kat bawah ni antara comfort food MY.
Banyak lagi sebenarnya,
tapi ni antara yang Mama Yan baru makan dan ada gambarnya dalam gallery handphone


Mi sup segera sebarang jenama.
Masa MY masuk asrama sekolah Sekolah Menengah Teknik dulu,
Ini antara makanan yang selalu dimakan.
Kat sana, selain Maggi Kari,
Mi sup jenama PAMA la yang paling menjadi kegilaan.
Sampailah sekarang Mama Yan masih menyukainya.
Masa ni MY masak dalam microwave,
Punyalah pemalas kan...
Selalu tak letak telur pun...
Makan kosong pun sedap.

Kegemaran MY yang seterusnya adalah bubur nasi.
Sebenarnya MY suka bubur Pedas marrybrown.
Tapi faham faham lah harganya yang merabakkan poket tu kan.
Kat gerai payung RM3.50 pun banyak jual bubur nasi.
Macam macam lauk ada.
Yang kat atas ni,
Bubur nasi sambal paru.

Bila tak sihat pun MY cari bubur nasi.
Tak selera pun, cari bubur nasi juga.
MY memang selalu juga masak bubur nasi kat rumah.
tapi kalau anak anak ni diorang suka kalau letak hirisan isi ayam,
ala ala mekdi lah kononnya.
Kalau MY, kosong pun boleh,
Taruk aje kicap dan bilis goreng.
Dah sedap dah.

Yang ni pula Yong Tau foo makan kat Angsana Mall dua  minggu lepas.
Mama Yan mkaan ni kongsi dengan Sarah,
 sementara tunggu suami dan anak sulung MY siap shopping,
Mama Yan bawa Sarah dan adik Mijan tunggu di Medan Selera,
takkan tunggu kosong kan..
kena la ada makan makan.
Masalahnya makan YTF ni adalah harganya yang selalu di luar bajet..
Hahaha...
Kena bijak mencongok dalam kepala supaya tak kenampakan tengah mengira harga.
Karang terkumat kamit depan stall tu,
Maunya tuan kedai ingat kita tengah mandrem kedai dia...
hahaha... 

Okaylah selamat berhujung minggu kepada yang membacanya pada hari Ahad,
Dan selamat memulakan minggu baru kepada yang membaca entry ini pada hari Isnin.
Sekian, wassalam.



 

8 comments:

  1. Lama tak makan bihun PAMA tu. Terpaling sedap la zaman dulu bihun sup PAMA tu.

    ReplyDelete
  2. Bihun PAMA tu lejen hehe .. lama tak makan

    ReplyDelete
  3. Naniey suka PAMA tomyam. Macam nak kena cari je ni.
    Bubur pedas Marry Brown tu pun fave tapi harga dia.. hehe...

    ReplyDelete
  4. Bihun PAMA memang sedap..tapi, Mahei sungguh harganya..Kikiki
    Kalau YTF, sekarang beli kuah dekat Shopee je, Linda suka kuah hitam.. jadi bahan² beli sendiri je

    ReplyDelete
  5. Masa duduk asrama dulu, ramai yang beli berpaket-paket bihun PAMA. Bila sekali rasa, sedap juga ya. Tak cukup sebungkus

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak makan bihun PAMA ni. Bubur nasi tu fav, betul. Kalau sy bubur kosong letak kicap ngan ikan bilis pun dah sedap sangat.

    ReplyDelete
  7. Bihun PAMA tu memang sedap. Suka jugak. Masak rendam air panas pun sedap dah. YTF tu kalau silap perkiraan boleh jadi puluh-puluh harganya.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad