Masaknya tak berapa reti tapi sibuk la nak share resepi.
Memandangkan ini blog MY,
Share je la apa apa pun...takde siapa ambik kisah pun.
Nak share resepi jadi ke,
resepi tak jadi ke,
Yang penting tak ciplak blog orang.
Ye dak?
Sebenarnya MY bukan nak share resipi sangat pun,
Saja letak gambar masa MY try buat resepi daging goreng kunyit.
Macam tak berapa jadi, tapi boleh je la nak makan.
Cuma dah takde rasa nak repeat lagi.
Hahaha...
Ni Mama Yan guna daging batang pinang.
Memang cepat empuk berbanding daging part lain.
MY lumur dan perap daging dengan menggunakan garam dan serbuk kunyit.
Kemudian masukkan dalam kuali.
Masak dengan api sederhana sehingga air daging mengering.
kemudian MY masukkan Bawang putih cincang dan daun kari.
lepastu masukkan minyak masak.
Bila daging dah empuk,
MY masukkan cili hijau dan bawang hiris pula.
Gaul gaul sehingga bawang layu.
Kemudian bolehlah dihidangkan.
Okay juga rasa dia,
tapi takde la sedap sehingga menjilat kuali.
Lebih lebih lagi habis kuali tu melekat lekat air daging dan kunyit tu.
kena rendam 1 malam untuk lembutkan kerak kerak yang melekat pada kuali tu.
Sebenarnya ni masakan entah bila punya,
Beberapa bulan yang lepas la.
Sebab tu tak boleh nak share resepi sebab dah tak ingat dia punya sifir campak campak.
Kami jarang makan daging batang pinang ni sebab kena pergi bandar Pontian sana kalau nak beli.
Kat Pekan ni tak tau kat mana nak cari daging batang pinang,
Daging memang la banyak jual,
tapi daging yang biasa tu la.
Liat kalau nak buat masak macam ni.
kalau daging yang biasa tu,
MY akan rebus dulu guna periuk tekanan sampai empuk.
Kemudian, baru dihiris untuk masak.
Anak anak MY kan..
Yang nombor satu dan dua tu,
Masa kecik makan ayam goreng dan telur goreng aje.
lepas diorang dah besar sikit barulah diaorang berani mencuba makan benda lain.
Sebab adik-adiknya jenis makan macam -macam,
Diorang ikut cuba..
Barulah ada variasi makanan kat rumah MY ni.
Sekian, wassalam


.jpeg)
.jpeg)
Pernah juga buat daging goreng ni tapi saya masukkan hirisan halia tu dan bawang holland. Versi MY lain sikit tapi sedap juga versi ni. Tapi jarang juga buat daging sebab suka ayam lagi daripada daging tapi sesekali tu masak juga.
ReplyDeleteNmpk mcm mnjadi je daging goreng kunyit sis tu =)
ReplyDeletearwah ayah cie suka daging goreng kunyit. selalu la buat. cie selalu buat letak bawang besar je bila dah nak tutup api tu. kadang2 letak cili padi hiris.
ReplyDeleteNak buat lah 😍😍😍. Kalau ada daging asik buat stew dan tumis black pepper saja. Sedap juga kalau dibuat goreng kunyit
ReplyDeleteMudah buatnya cuma itulah bercinta nak mencuci kuali ehehhe... Dana jarang masak daging, sebab Aiyan tak suka makan sangat jadi lebih masak ikan dengan ayam je.
ReplyDelete