Dah lebih seminggu dah tak tulis apa-apa sebab tak ada mood nak menulis,
So hari ni kita start balik,
tapi entry gambar random aje lah hari ini
Ni gambar masa hari Thaipusam,
ofis kami tak ambil cuti Thaipusam,
Memandangkan anak-anak cuti sekolah,
MY pun ikutlah suami pergi ofis lagipun banyak kerja sebenarnya yang nak di selesaikan,
Waktu tengah hari tu suami Mama Yan bawa pergi makan tengah hari di Restoran Wadihana El Arabi, Tampoi.
Lunch nasi Arab la kami semua.
Kami order dua dulang nasi Arab,
Habis licin ya dua-dua dulang tu untuk tujuh orang dewasa makan,
Sesekali bergambar dengan adik adik ofis,
Mama Yan pun tak tahulah,
selalu sangat bila orang ambil gambar, mata MY terpejam,
Rasanya kamera ni yang sabotaj MY.
Ni Mama Yan order kerusi roda baru untuk mak di kampung,
Order di Shopee sahaja,
Senang betul zaman sekarang,
Semuanya di hujung jari,
Sepatutnya dah lama mama yan belikan kerusi roda yang baru,
Kesian arwah abah selama ni angkat kerusi roda yang kat rumah tu,
Stainless steel yang berat tu.
Minggu lepas sekolah anak-anak mengadakan kempen Sekolahku Sihat, Stail Kita.
Kempen ni anjuran KKM.
Ucid antara pelajar yang terpilih untuk kempen ini.
Ucid kena turunkan berat badan dan berat akan diambil semula pada bulan Jun nanti,
Untuk pertemuan pertama ni,
Ibu bapa diminta hadir,
Yalah makanan anak-anak di rumah kan ibu bapa yang sediakan,
Jadi kenalah hadir sama.
Masalahnya bukan senang nak turunkan badan budak Ucid ni
Sebab dia gemuk sejak dari bayi,
Sejenis yang menyusu tak berhenti-henti,
Bila dah pandai makan, dia akan menangis kalau dia rasa makanannya tak cukup,
Nanti makanan Aril dan Sarah yang jadi mangsa rampasan,
Sebab dua dua tu makan dengan halaju yang perlahan,
Masa tu kat rumah kakak ipar yang mengasuh,
Dia ikutkan aje asalkan anak-anak tak menangis dan bergaduh.
Bulan lepas juga,
Mama Yan pergi ke klinik kesihatan untuk check up,
Memandangkan darah tinggi Mama Yan agak tak terkawal,
Maka doktor pun menukar ubat-ubatan MY.
Untuk ubat yang baru ni,
Alhamdulillah nampak ada perubahan sedikit,
Kalau tak jangan harap nak dapat bacaan cantik macam ni
Doktor minta MY bersenam lebih.
Buat kerja rumah tak dikira bersenam katanya.
Hahaha...
So pagi-pagi Mama Yan pun brisk walk la sikit-sikit,
Mujur sekarang ni Aril sekolah petang,
Adalah orang yang nak teman MY jalan pagi.
Selain dari kena bersenam MY juga kena jaga pemakanan.
So macam nilah sarapan mama
Ini untuk kurangkan bacaan Gula
Banyakkan pengambilan sayur dan protein.
Tapi kalau tengah hari tu memang wajib lah makan nasi.
Tengah hari kena ambil makanan dengan konsep suku-suku-separuh.
Tapi setakat ni...
Mampu 1/3, 1/3, 1/3 aje setiap portion.
Sekianlah kisah gambar-gambar yang diambil sepanjang dua minggu ni.
Sekejap aje kan dah masuk bulan Februari,
Tengah bulan ni dah masuk bulan puasa bulan depan hari raya.
Okeylah semoga perjalanan kita sepanjang bulan ini dan tahun ini dipermudahkan Allah SWT,
Sekian, wassalam.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)