Hari ni ibu ibu yang anaknya menduduki UPKK mesti berdebarkan..
Tambah berdebar kalau anak sulung.
First time ambil peperiksaan besar.
Mama Yan mula-mula relax aje.
Tapi masa nak masukkan no Mykid anak anak,
Barulah rasa berdebar..
Yang atas ni result dak Ucid.
Ada jugalah A.
Siap ada C sekali dia tapau.
Yang ni pula result Sarah.
Alhamdulillah.
Mama Yan okay je dapat berapa pun. Tapi semalam sebelum result keluar,
MY cakap 1 A dapat RM10.
Kalau 9A dapat RM100.
So tadi terus la bagi Ucid RM 30 dan Sarah RM70.
Kalau tangguh nanti mesti lupa janji.
Lepas tu Ucid cakap kawan kawan dia ramai yang dapat 5A ke atas.
Dia je yang dapat 3A.
Pelik dia kata,
Ucid duduk kelas nombor satu, tapi tak pandai macam kawan kawan lain.
Hahaha...
Ucid pandai je sebenarnya,
Tapi punyalah pemalas.
Masa Sarah pulun study Ucid gasak main PS,
Dahla malas,
Langsung tak serius dan fokus dengan apa yang nak dilakukan.
Dalam kepala janji siap..
Janji buat..
Apa yang diusahakan,
itulah yang dituai.
Masih panjang lagi perjalanan anak anak ni.
Banyak lagi peperiksaan dan ujian yang nak ditempuh selepas ni.
Semoga Allah permudahkan urusan anak anak semua...Aminn


No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)