Bulan puasa ni aktiviti ngeteh bertukar menjadi moreh,
Saja bawa anak tengok aktiviti lepas habis terawih,
Penuh ya kedai mamak,
Yang perempuan siap pakai telekung pun ada.
Adik Mijan macam biasa tetap dengan nasi dan ayam goreng dia tu.
Padahal kat rumah tadi makan ayam goreng juga,
Mama Yan ajak suami order roti arab ni.
Kongsi berdua kononnya. Tapi kongsi berdua pun tak habis.
Mijan kata “Wow, what a big Krabby Patty!”
Alahai.. semua benda dia nak kaitkan dengan kartun
Dalamnya ada isi daging yang digoreng atas frying pan.
Boleh pilih nak inti daging lembu, daging kambing atau isi ayam.
Tapi takde sayur sayuran atau dedaunan.
Makan berdua pun tak habis,
Offer kat anak lain pun masing masing dah kenyang makan makanan sendiri,
Hantar kat meja abang dengan kawannya.
Si abang dah bujang.
Dah lepak mamak dengan kawan kawan.
Dah tak lepak bawah ketiak mama ayah dah.
Sedap juga pada MY roti Arab ni,
Tapi, perut dah kenyang makan berbuka. Lain kali lah lepas raya baru repeat lagi.
Sekian, wassalam
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Anak bujang ammi takat ni masih makan sesama sebab lepas pindah je Seremban dia terus dpt offer masuk asrama dan tak sempat berkawan dgn sapa2 pun. Jadi dia takdelah rakan sebaya di kawasan rumah
ReplyDeletemacam burger ek roti arab tu cuma takde sos & salad timun la ye.
ReplyDeleteMenariknya roti arab tu... kat sini takde lak roti arab rupa gitu.... mmg mcm krabby patty la pulak
ReplyDeleteLain pula roti Arabnya. Kalau di sini roti mcm roti boom tu, makan cicah dgn kuah.
ReplyDeleteTengok pun tau kenyang ni... gebu elok roti dia
ReplyDeleteIni sebenarnya sama saja dengan burger kan ya kak? Penasaran kenapa di sebut roti arab. Tp nampak sedap. Tak pernah pula kalau ke Kedai mamak makan roti arab
ReplyDelete