Minggu lepas MY hadir ke Mesyuarat Agong Badan Kebajikan Sekolah Agama dan hari Penyampaian Hadiah sekali.
Badan Kebajikan Sekolah ni lebih kurang macam PIBG la kat sekolah kebangsaan.
Majlis mula pukul 8 pagi,
Tujuh setengah kami dah keluar rumah,
Sarapan dulu di MJ Bistro
Mama Yan makan roti tampal,
Sarah pula makan roti canai kosong aje,
Tak faham betul kenapa nak buat majlis hari sekolah.
Dari bulan january sampai julai, ada 7 bulan..ada dekat 30 kali hujung minggu,
Kenapa lah nak buat hari kerja..
Hari budak budak ni sekolah.
Terpaksa pontengkan sekolah pagi.
Kelas Sarah lebih separuh tak datang sebab semuanya pergi ambil hadiah.
Sayang kehadiran sekolah anak.
Lama betul ucapan ucapan dan Pembentangan mesyuarat dari 08:30 sampai 11:00,
Pukul 11:15 tu Barulah bermula penyampaian hadiah,
Sebaik sahaja Sarah ambil hadiah kecemerlangan UPKK,
Mama Yan pun terus gerak ambil Mizan.
Lepas ambil Mizan,
Patah balik ambil Sarah,
Kemudian pusing pula ke Sekolah Kebangsaan untuk jemput Ucid.
Patut suami MY bagi MY hadiah anugerah grab mama kat bini dia ni… hahaha
Sebagai tanda penghargaan MY belikan Sarah Jambangan bunga,
Lama juga MY memilih bouquet yang sesuai,
Cuma ada satu gerai bunga sahaja yang ada depan sekolah tu,
Tapi bunga jualannya semua dah buruk buruk,
Siap berhabuk dan pudar warna bunganya,
Patung hiasan pun dah senget senget nasib baik coklatnya tak expired.
MY belikan patung Stich bukan sebab Sarah suka,
Tapi sebab itu saja yang nampak okey sikit.
Harga boleh tahan RM 45.
Apapun, bersyukur atas kejayaan Sarah dapat sapat tempat kedua peperiksaan akhir tahun lepas dan 7 A dalam UPKK.
Semoga lebih cemerlang tahun ini..
Aminn..



No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)