Happy 21st Wedding Anniversary - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, July 17, 2026

Happy 21st Wedding Anniversary

wahh.. Lama juga MY bercuti dari menulis..
Bukan apa..
Rasa kurang sihat sikit kebelakangan ni.
Lagi pun ada banyak benda nak buat.
Nak nak lagi berkenaan dengan anak-anak ni..
Macam macam menda nak kena layan.

Ni kisah awal bulan hari tu.
Sempena ulang tahun perkahwinan MY dan suami,
Buat kali pertama la suami MY belikan fresh flower dan buat surprise delivery..

alhamdulillah.. syukur..
Sebenarnya ulang tahun 1 Julai,,
Tapi kedua dua kami tak ingat langsung.
Dah petang tu baru teringat sebab nampak post kat Facebook.
Kat FB kan ada memory tahun lepas lepas tu keluar...
Masa tu baru ingat...

Terima kasih suami...
lepas 20 tahun baru merasa bunga..
Kalau tak,
suami tolong tanamkan pokok bunga keliling rumah aje..
hahaha


Maknya belum rasmi lagi..
dah ada dah percubaan untuk 'hijack' chocolate bouquet mama..
Tapi takpela...
MY pun ada diabetes.
bukannya boleh makan cekelat banyak pun.
Memang untuk anak anak la tu..



Cantik kann...
Tapi masa entry ni ditulis..
bunganya dah layu dah...

Masa adik yang nak hantar bunga ni call,
dia kata nak hantar barang..
Mama Yan boleh ckap..
Okay.. tinggal je atas tembok pagar tu...
Dia kata..eh tak bolehhh...
pengirimnya suruh pass kat tangan akak.
Sebabnya malas nak pakai tudung.
Letak kat atas tembok nanti boleh suruh Moq ambilkan ...

Oklah...
sekian..wassalam.






 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad