Mesyuarat Badan Kebajikan Sekolah Agama dan Penyampaian Hadiah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, July 29, 2026

Mesyuarat Badan Kebajikan Sekolah Agama dan Penyampaian Hadiah

Minggu lepas MY hadir ke Mesyuarat Agong Badan Kebajikan Sekolah Agama dan hari Penyampaian Hadiah sekali.
Badan Kebajikan Sekolah ni lebih kurang macam PIBG la kat sekolah kebangsaan.
Majlis mula pukul 8 pagi,
Tujuh setengah kami dah keluar rumah,
Sarapan dulu di MJ Bistro

Mama Yan makan roti tampal,
Sarah pula makan roti canai kosong aje,
Tak faham betul kenapa nak buat majlis hari sekolah.
Dari bulan january sampai julai, ada 7 bulan..ada dekat 30 kali hujung minggu,
Kenapa lah nak buat hari kerja..
Hari budak budak ni sekolah.
Terpaksa pontengkan sekolah pagi.
Kelas Sarah lebih separuh tak datang sebab semuanya pergi ambil hadiah.
Sayang kehadiran sekolah anak. 

Lama betul ucapan ucapan dan Pembentangan mesyuarat dari 08:30 sampai 11:00,
Pukul 11:15 tu Barulah bermula penyampaian hadiah,
Sebaik sahaja Sarah ambil hadiah kecemerlangan UPKK,
Mama Yan pun terus gerak ambil Mizan.
Lepas ambil Mizan,
Patah balik ambil Sarah,
Kemudian pusing pula ke Sekolah Kebangsaan untuk jemput Ucid.
Patut suami MY bagi MY hadiah anugerah grab mama kat bini dia ni… hahaha

Sebagai tanda penghargaan MY belikan Sarah Jambangan bunga,
Lama juga MY memilih bouquet yang sesuai,
Cuma ada satu gerai bunga sahaja yang ada depan sekolah tu,
Tapi bunga jualannya semua dah buruk buruk,
Siap berhabuk dan pudar warna bunganya,
Patung hiasan pun dah senget senget nasib baik coklatnya tak expired.
MY belikan patung Stich bukan sebab Sarah suka,
Tapi sebab itu saja yang nampak okey sikit.
Harga boleh tahan RM 45. 

Apapun, bersyukur atas kejayaan Sarah dapat sapat tempat kedua peperiksaan akhir tahun lepas dan 7 A dalam UPKK.
Semoga lebih cemerlang tahun ini..
Aminn..


 

7 comments:

  1. wahhh terror Sarah. Semoga lebih cemerlang.
    mak-mak yang jemput anak sana sini ni memang supermom, supersupir gitu. korang terrorlah.

    ReplyDelete
  2. Tahniah atas kejayaan anak! Cabaran betul bila majlis dibuat hari persekolahan kan.

    ReplyDelete
  3. Iya yaaa, hari sekolah pula dibuat. Bukannya mereka tahu juga ada anak2 yg sekolah pagi.

    Btw congrats utk Sarah 🎉🎉🎉. Semoga nanti bisa meraih penghargaan lainnya lagi.

    Roti tampal tuh menarik kak. Baru dengar. Tampal dengan apa yaa? Saya pikir Tosai tadi

    ReplyDelete
  4. Itulah cikgu-cikgu pun nak jugak buat hari sekolah kan, kene memonteng la dia sekolah pagi. Tahniah buat Sarah ya... samalah kita MY, tgri memang kita la yg urus anak pergi balik sekolah hantar balik rumah. Perkhidmatan van sekolah memang takde area kami tu.

    ReplyDelete
  5. Sebaiknya buat lah hari Sabtu kan. Tak perlulah sampai pelajar ponteng sekolah. Tak pasal-pasal je ramai tak hadir ke sekolah untuk ke majlis ni. Harap cikgu ambil maklumlah kan.
    Tahniah untuk Sarah, teruskan kecemerlangan.

    ReplyDelete
  6. tah niah Sarah... kalau 2 sesi sekolah nya, memang susah sikit.. terpaksa la ponteng kelas.. kalau kafa anak dekat Selangor dulu, dia buat waktu petang..memang waktu kelas kafa...jadi, takde la kacau sesi sekolah kebangsaan

    ReplyDelete
  7. Weaw! Dapat bunga! Tumpang gumbira!

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad