Makan Tengah Hari di Hua Mui Taman Universiti - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, October 1, 2026

Makan Tengah Hari di Hua Mui Taman Universiti

Hari Jumaat minggu lepas, anak kembar MY takde kat rumah sebab pergi perkhemahan.
Aril pula sekolah petang,
Moq pula demam.
Mama Yan perlu naik ke pejabat untuk beberapa urusan.
Kenalah MY bawa adik Mijan naik office sebab Moq demam.
Moq kalau demam memang tidur aje.
Kesian pula adik Mijan sorang-sorang nanti.

Sebelum sampai office,
suami MY ajak makan dulu.
Sebab Mijan nak makan chicken chop, bawalah dia pergi makan kat Restoran Hua Mui Taman Universiti.

Orang tak berapa ramai pun.
Tak macam mula-mula buka dulu.

Suami MY belum makan apa apa dari pagi.
Lepas tu order mi goreng mamak.
Patutnya order la nasi.

Banyak gila ye portion mi goreng dia.
Ada udang besar.. ada tauhu..ada telur, tauge dan sedap juga.
Harganya RM21.90


Dak Mijan ni acah-acah je. Lepas tu makannya tak habis pun.
Bungkus bawa balik.... sepinggan chicken chop di sini berharga RM21.90.
Kira okaylah...
ayamnya sedap.
rangup di luar dan juicy di dalam.
Dihidangkan bersama kentang wedges, coleslow dan kuah black pepper.


Mama Yan order Signature laksa Mee + bihun.
Sedap sehingga terpercik ke tudung.
Dengan harga RM14.90... memang memuaskan craving MY terhadap mi berkuah...

Lepas siap makan kami pun naik ke pejabat.
Buat-buat kerja..
eh tak perasan dah 5.40 petang.
Pejabat kami beroperasi sehingga jam 5.30 petang,
Tapi sebab Mama Yan ada, dorang segan nak balik sharp on time agaknya.
Balik aje lah..
Bukan MY marah pun.
Cuma tak sedar masa berlalu je.

oklah... sekian wassalam..




 

 

7 comments:

  1. Kita kalau ada bos yg datang sekali -sekala, memang jadi segan, MY. Jangankan nak balik, nak lalu depan pun malu, hahaha. Nampak sedap Mee Goreng, udang besar². Mee kuah MY tu kecur dibuatnya. Kita geng la gitu makan sedap sgt sampai tak perasan terpercik ke tuduung.

    ReplyDelete
  2. haha bagus dorang reti nak respect bos. ammi ni waktu office 9-5. datang tu mmglah awal, tapi balik pun selalu nak awal juga. kalau boss ada by 4.30 ammi dah macam "you need anything else from me? i'm heading off soon". hahaha biadap betul

    ReplyDelete
  3. Padan dengan harga la tu MY udang beso gabak... pueh hati betul nengoknya, ciken cop tu pun besar tu mana la abis Mijan makan tu/.

    ReplyDelete
  4. Besar² udang dlm mee goreng tu, puas makan.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap la mi goreng mamak tu. Bagus staf MY beradab. Kalau kita ni chow dah sharp time.

    ReplyDelete
  6. Kalau harga segitu, dah terbayang sedap 😄❤️❤️. Apalagi mie gorengnya, udang nya menggugah selera betul kak 😍😍🤤.

    Kadang anak buah nih segan lah nak balik cepet kalau ada bos kan 😄. Sayapun dulu begitu. Tapi memang saya suka pulang lambat ,sebab menunggu jalanan tidak jammed 🤣. Dan karena menunggu waktu sholat magrib. Kalau paksa pula jam 5 sore, tak akan sampai cepat ke rumah. Magrib pasti lewat . Jadi better tunggu sampai magrib. Tapi anak2 buah saya di kantor, dah saya suruh pulang. Jangan tunggu saya . Kalau tak disuruh begitu, mereka memang akan tunggu

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad