Novel Banja Manggala karya RAM - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, November 4, 2026

Novel Banja Manggala karya RAM

 Selepas lama bercuti baca novel,
hari ni MY bawakan sinopsis novel Banja Manggala karya Ramlee Awang Murshid.
novel ni MY beli menggunakan Voucher buku sekolah anak.
Sepatutnya kerajaan bagi voucher buku juga untuk ibu ibu di rumah ni.
Barulah boleh membudayakan amalan membaca di kalangan surirumah.
Takdelah surirumah ni asyik main Tik tok aje kerjanya.
Lepas tu overthinking sendiri.

balik kepada novel tadi,
Novel setebal 467 halaman ini,
Habis MY baca dalam masa dua hari sahaja.
Rancakkk...


Banja Manggala ni sebuah novel aksi-misteri-fantasi.
bermula dari seorang kanak-kanak Bosnia yang diselamatkan oleh tentera pengaman Malaysia semasa perang pada tahun 1995.
Amar kemudiannya dibawa ke Malaysia melalui program anak angkat.
Amar dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh seorang jeneral dalam angkatan tentera Malaysia.
Dato' Husam dan Datin Normazlina sangat menyanyangi Amar seperti anaknya sendiri.
Mereka juga mempunyai seorang anak kandung perempuan bernama Rania.

Setelah Amar tumbuh dewasa,
Dia sering didatangi bayangan seekor serigala.
Akhirnya, Amar mengambil keputusan untuk kembali ke tanah tumpah darahnya untuk merungkai misteri diri, keluarga dan serigala. 

Sebelum Amar berangkat ke Bosnia & Herzegovina,
Ibu dan bapa angkatnya telah mencadangkan agak Amar dinikahkan dengan adik angkatnya Rania.
tetapi, Rania membantah keras cadangan kedua ibu bapanya.
Amar tidak menolak kerana tidak mahu melukakan hati kedua ibua bapa angkatnya,
lagipun Amar memang telah lama menyimpan perasaan kepada Rania.

Sementara Rania pula,
Berangkat secara berasingan dengan Amar ke Bosnia & Herzegovina untuk penggambaran travelog bersama dua orang rakan kerjanya.
ketika sampai di sana,
Rania dan rakannya telah diculik oleh beberapa orang jahat yang menyamar sebagai pemandu.

Di daerah Banja Luka pula,
Terdapat kekacauan oleh makhluk serigala jadian yang melakukan pembunuhan.
Apakah hubungan wanita yang bernama Lamija yang turut dijadikan anak angkat di Malaysia dengan Amar?
Pegawai polis veteren yang bernama Hasanovic juga telah sempat diselamatkan oleh Amar dari serangan Vuk, si makhluk serigala jadian juga menimbulkan syak..
Baik atau jahat sebenarnya?

Pencarian identiti diri Amar bersilang pula dengan serangan Banja Manggala serta kehilangan Rania.
Memang takleh berhenti baca sebab nak tahu cepat cepat apa kesudahannya.

Kalau jenis yang suka baca buku penuh misteri dan teka-teki,
memang sesuai sangat baca novel Banja Manggala nii.
Kena selusuri sendiri ke lembah salji Banja Luka bersama-sama dengan Amar,
Mana tahu kan...
Habis baca novel nanti tiba-tiba pandai melolong macam serigala pula...woooooo...
hahaha..

MY siap cari peta Bosnia nak tengok kat mana Banja Luka,
Kat mana Sarajevo,
Sempadan Croatia dan Serbia...

Tak cukup tengok peta,
MY cari juga gambar gambar sekitar musim sejuk di sana.
Huishh... tebal betul dengan salji.
Sebagai orang yang tak memiliki pasport,
kita tengok gambar dalam internet ajelah.
Sekarang belum masa nak makan angin.
Ada orang suka kumpul duit, kemudian melancong.
Tapi ada orang yang tak kumpul duit pun sebab banyak hutang nak bayar... hahaha
Kami lah tu...
Banyak benda nak bayar tiap bulan.
nanti jelah pergi melancong.
Ada rezeki, adalah.
Kalau tidak, kita lepak kat kebun je menyangkul, meracun membaja.

Okaylah..,
jom cari noveel lain pula untuk dibaca.
Sekian, wassalam.





  

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad