Wednesday, March 30, 2011

segalanya ku terima....

hari tu koi sibuk2 nak berenti kerja...skang koi dah dapat keja baru dah pu...walaupun kompeni tempat koi baru bekerja ni tak se'gah' kompeni lama..tapi dalam masa seminggu ni koi rasa agak bahagia di sini...

kalau nak banding memang tak patutla banding sebab kompeni lama tu dah bertapak lebih 10 tahun dalam dunia pembinaan...kontraktor kelas A...tempat koi kerja sekarang ni pulak kontraktor kelas F dan baru nak mula masauk area pembinaan...harap2 kompeni baru ni terus sukses...

koi suka kat kompeni baru ni sebab bos bos nye baik baik belaka setakat ni...bukan jenis bos yang double standard...aku bos! kau kuli buat cara kuli...bos baru ni memag sporting dan sederhana....

bos baru koi ni sbenarnya agak popular di penghujung tahun 1980-an dan awal 90-an...beliau pernah masuk final juara lagu 1989 dan 1993...dan nak tahu sapa orangnya..nama sebenarnya ialah Zahruddin Kamaruddin aka Ayai dari kumpulan Ilusi...tapi wajah dahulu dengan wajah sekarang terlalu berbeza sampai koi tak boleh nak spot tang mana ayai nye....

baru je seminggu kerja koi plak mc hari ni..tak tahu kena kenapa sejak semalam kepala rasa berat..lutut rasa lemah longlai..tekak mual..perut rasa sebu..masuk makanan, tak lama lepas tu mesti muntah...keracunan makanan agaknya...pagi ni ambik mc kat klinik..pastu balik umah rehat rehat jer..tak sia2 amik mc sebab hari ni dah tambah lagi satu penyakit..cherry berry la pulak...memulas mulas sakit perut.

koi harap kehadiran koi kat kompeni Dewana enterprise sedikit sebanyak dapat membantu dan berfungsi sepertimana yang mereka harapkan...kena kerja bersungguh sungguh ni,..no more blogwalking waktu kerja ..hahaha...



gambar dari utusan online

segan nak ambik gambar bos pastu taruk dalam blog...nanti digelakkan pulak dek bos...

Sunday, March 27, 2011

kelas deco cup cakes

last week koi pergi kelas deco cup cakes...untuk orang baru belajar cam koi ni...dapt hasilkan deco cam ni kira dah best gila dah ni..takde la susah sangat pun..tap koi rasa RM 160 agak mahal untuk kelas yang dihadiri seramai 5 orang dan peralatan pembelajaran yang tak cukup...main kongsi2 pulak...tak puas rasanya kena gilir2 pakai peralatan nak buat decoration cup cakes tu...sorang buat 12 bijik cup cakes dan boleh bawak pulang...tak berbaloi...layan gambar jeklah yer...










Thursday, March 17, 2011

handmade chocolate - oreo

semalam koi buat RnD coklat..cuba taruk inti bagi coklat-coklat koi..semalam koi try taruk biskut mini oreo dalam coklat tu...so pakai mould bunga rose yang besar sikit...ngam ngam jer dengan biskut mini oreo tu...

biskut oreo kat tengah disalut dengan coklat siap dengan kacang badam cincang dan bertih sekali....pertama seumapamanya di Malaysia...muahahaha

untuk bungkusan plak koi try letak dalam taperware yang koi beli kat dua ringgit..koi memang suka membeli bekas bekas kat kedai 2 ringgit...beli sebab geram tengok bekas comel2...haaa....tengok gambar kat bawah ni..comel takkk?



rasa coklat ni memang sedap tak hingat...tapi jangan makan sebaik saje keluar dari peti ais...sebab coklat yang dimakan ketika sejuk akan jadi lebih manis berbanding pada suhu bilik. biskut oreo yang rangup bersalut coklat..nyum nyumm....nak try rasa...kalau malas nak buat..meh beli dengan koi...tapi kena collect sendiri kat umah koi...sebab kalau nak pos tak berbaloi pon..ditambah pulak dengan risiko coklat akan mencair dalam lori poslaju....

Tuesday, March 15, 2011

coklat untuk Acha

Bersempena dengan hari pertunangan anak sedara En Suami koi pada hari Sabtu ni..koi berhasrat untuk menyeponsor satu dulang hantaran pertunangan mereka…so petang tadi koi berhempas pulas la membuat atau coklat hantaran tu…tapi malangnya tak cukup sikit…so inilah hasilnya gubahan hantaran coklat koi yang tak siap lagi…bahan bahannyer semua ada…tinggal lagi koi aje yg dah malas nak sambung sebab nak masak untuk makan malam pulak..



Malam ni en. Suami koi nak pergi main fotsal..jadiknye kena masak dan makan awal sikit la…tu sebab malas nak siapkan terus bunga bunga tu...tinggal lagi 6 ke 7 kuntum lagi siapla keliling dia tu..tengah fikir nak isi apa kat tengah tengah tu sebenarnya...nak buat bentuk buah buahan ker…bentuk bunga ros ker…bentuk hati ker…bentuk geometri ajek ker….takpe..tido malam karang mimpi2 dulu…carik ilham..

Kalau di zoom in kan inilah rupa coklat bunga ros tu…bende ni buat pakai coklat yang dicairkan, pastu masuk dalam acuannyer..acuan nyer tu boleh didapati pada harga RM3.90 di kedai menjual bahan bahan membuat kek dan coklat. Koi usha usha kat mudah.com..amboi sekeping mould yang sama saiz, rupa bentuk, kualiti (sebab dr supplier yang sama) dijual pada harga RM7 tidak termasuk shipping fees…uii…nak cepat pergi haji gamaknyer deme nih…

sape2 yang nak beli acuan cetak coklat nih baiklah cari kat kedai2 khas jual barang buat kek..kalau online2 ni...mak aihhh...makap gile2 ahh...ingatkan lebih lebih kurang jer..kena tambah shipping fees kira ok la tuh...tolak campur kita yg nak bergerak ke kedai ni tinggal nak ambik depan pintu rumah kira berbaloi la...tapi kalau dia dah ambik untung 3 ringgit...poslaju 6 ringgit...sketul coklat tu kalau dijual RM2 pun tak pulang lagi modal...

lagi tak pulang modal bila ade pembantu kecik kat rumah ni..awal2 lagi coklatnyer dah kena cukai..
abang dengan adik tgh seronok membedal coklat ala ala lollipop...suka pulak koi coklat bertangkai ni...taklah comot sangat



petai jawa

Sape pernah makan petai jawa?? Sapa tak pernah tengok pun petai jawa?? Kat site koi ari tu ada pokok petai jawa..masa koi ngandung dulu2..punyerlah teringin nak makan petai jawa tu...pokoknye tinggi yaamat* la pulak..sebab koi teringin amat amat...adelah sorang budak indon yang agak berani masuk dalam bucket kren..pastu tolong ambikkan koi petai jawa tu....merasa gak akhirnya...




Sebelum koi berenti ari tu ada sorang budak dari opis datang tolong koi buat kerja kerja ukur kat site..budak tu leh jakun pulak dengan petai jawa...tak pernah jumpa katanya...siap rasa pulak isi petai jawa tu...kekekeke...biasalah..budak bandar manalah nak jumpa petai petai ni..kalau kat pasar malam memang banyak orang jual petai..tapi petai yang besar besar tu...

Petai jawa ni dulu2 banyak kat belakang rumah koi...dok johor ni tak pernah jumpa pulak pokok ni...tu yang bila jumpa pokok tu kat site punyelah teringin nak makan,,padahal bukannyer sedap amat pun..tapi sebab adenyer nilai sentimental kat situ..tu yg jadi teringin sangat tu..



Dahan kayu pokok petai ni dulu...abang abang koi selalu ambik buat gasing...batang kayu n petai ni sesuai buat gasing sebab dia agak padat tapi senang dibentuk..camne nak citer yer...?ahh..tak payah citerla..anak anak zaman sekarang ntah ntah gasing pun tak kenal...

Masa kecik kecik dulu petai jawa ni umpama jajan*..hahaha..dia seangkatan dengan buah ceri, buah senduduk, cermai, bijik saga,buah berangan...budak budak ni kadang2 macam kebulur sangat ajer..jumpa apa semua dalam semak belukar tu semua nak disumbat dalam mulut...mungkin nak test ilmu pengakap yang belajar kat sekolah kot...mula2 gosok atas tapak tgn..kalau tak gatal...gosok belakang tangan pulak, kalau tak gatal jugak..gosok kat siku pastu kat mana tah lagi..koi pun tak ingat dan akhirnya makan....

Tapi kenapa nama dia petai jawa koi pun tak pasti...mungkin ia makanan kegemaran orang jawa..tapi husband koi tak suka punn....mungkin ia berasal dari tanah Jawa...mungkin gak..alah standard la kawasan yg beriklim sama akan mempunyai jenis tumbuhan yang lebih kurang sama...

Beza petai jawa kat Johor dengan kat Pahang adalah pokoknya...kat kampung koi pokoknya lebih rendah dan gemuk..kalau kat Johor pulak pokoknya lebih kurus dan tinggi melangit..terbalik pulak dengan orang-orangnya...hahaha..koi orang Pahang tinggi...keluarga suami koi semuanya Cumil cumil belaka...paling cumil mestilah mak mertua koi...berdampingan dengannya membuatkan koi kelihatan seperti gergasi..hahaha

*jajan-makanan ringan (slang Johor)
*yaamat - yang amat sangat

Monday, March 14, 2011

Handy Manny - Ada kerosakan? Kami baiki..

Nak buat kerja korek korek tanah ni bukan senang tau..sebab kita tak tau apa kemungkinan yang ada dalam tanah..kemungkinan yang selalu ada tu kalau yang best best cam jumpa harta karun takpelah jugak.. ni kebanyakannye benda-benda yang merbahaya kepada kesihatan pekerja pekerja yang tengah mengorek dan jugak masyarakat setempat…

Apa pulak kena mengena dengan masyarakat setempat? Maunyer tak kena.kalau dah kerja mengorek ngorek tu pecahkan paip air yang lalu ikut bawah tanah kat situ kan bekalan air putus..kan dah tak mandi...

Sajelah koi nak kongsi akibat daripada kerja kerja mengorek tanah yang koi buat dalam entri kerja hujung minggu. first sekali JCB yang korek tanah tu dah koyakkan kulit luar bagi kabel HT. Kabel HT ni kabel yang ada voltan tinggi, kabel ni lah yang membekalkan kuasa daripada pencawang kepada pencawang. Kalau masa kerja korekan tu kita buat kabel tu putus, habis satu UTM takde api..dan tentulah akan berlaku letupan kat tempat kita korek tu. Tapi sebab dia luka sikit jer..so kita panggillah orang datang repair. Sekali repair harganya RM650 yer tuan puan€

Kabel bervoltan tinggi telah dibaiki...

Yang keduanya pulak kecederaan pada kabel hanya disedari selepas 3 minggu kerja-kerja korekan. Di mana lampu jalan sepanjang jalan utama UTM tak berfungsi bermula dari tiang yang paling hampir dengan kerja korekan hinggalah ke Fakulti kejuruteraan awam. So koi kena lah panggil askar askar koi untuk korek balik kat sebelah tiang tu untuk carik balik kabel lampu jalan tu..

kerja korekan semula kabel lampu sedang dijalankan

Bila dah korek hasilnya..kelihatan lah kabel yang telah luka akibat letupan kecil dalam tanah. Letupan ni berlaku akibat daripada luka kecil pada kabel tersebut tetapi tidak diselenggara semula sebelum kerja kerja backfill dilakukan..haiyyaa...masa kerja backfill (kambus semula) hari tu...hari dah pun malam...seriesli koi tak nampak langsung kabel tu rosak atau luka. Kalau nampak...mestilah koi repair dulu...bila kabel tu luka sikit, air akan masuk sedikit dumi sedikit dan akhirnya pastilah akan menyumbang kepada kemusnahan.

gambar Kabel yang dah rosak

Kiranya kalau sebelum tutup dengan tanah balik..koi cuci cuci sikit wayar tu daripada tanah dan pasir...pastu balut kemas kemas dengan pita warna hitam tu...rasanya takla macam ni jadinya. Dan kos untuk pembaikpulihan kabel lampu tu agak besarla jugak...mula mula budak tu mintak RM700...kecek kecek dapatla RM550...huh..nak pau orang tak agak agak! Oleh sebab kadarnya koi rasa agak mahal..so koi tak syorkan la panggil budak2 ni datang untuk repair yerr

kerja-kerja penyambungan kabel menggunakan 'kapal selam'

Walaucamne pun kerja pembaikpulihan berjalan dngan lancar dan lampu jalan kat Fakulti Sains Komputer tu berfungsi balik macam biasa...koi menyaksikan sendiri dari awal sampai akhir proses pembaikpulih lampu jalan tu...kalau la ada handy manny dekat dekat sni kan bagus..takyah koi susah nak cari sub yang murah harganya...dah tentu free,..yelah koi tak pernah pun tengok Handy Manny tu ambik duit lepas buat kerja...balik2...

”terima kasih Manny...”

”oh tak mengapa...itukan tugas kami..lagipun kami memang suka menolong orang...”

hahaha...koi memang dah separuh biol agaknya..katun nak dibuat perbandingan dunia sebenar,,,,muahahaha

Handy Manny at Channel 613 Astro

Cuma yang paling best masa koi nak bayar pada Uncle yang repair HT cable tu...Uncle tu ambik RM600 jer,…rm50 lagi…dia kata buat banja minum petang koi kat site…hmm..oleh kerana dia telah bermurah hati memberikan koi duit minum petang…koi pun bermurah hatilah mempromosikan beliau dalam blog koi ni...

Sekiranya ada kerosakan pada kabel voltan tinggi di sekitar johor yer..silalah hubungi Uncle Manohar..019-7711521..kerjanya memang pantas dan kemas...

Novel trilogi 'Tombiruo' .. (SOLD!)

novel ni koi dah tak tau berapa kali baca dah...dah banyak kali sgt baca...so, dengan keadaan ekonomi yang makin meruncing sekaligus dan memberi lebih ruang kelegaan pada rumah koi...inginlah di sini koi umumkan jualan lelong novel trilogi hasil tulisan Ramlee Awang Murshid...

trilogi ni mengandungi tiga buah buku, Tombiruo, Semangat Hutan dan Tombiruo terakhir. Harga asal novel novel ni semua adalah RM19.90 senaskhah. masa dulu2 tak pernah berkita pun beli novel banyak2..maklumlah...kaya dengan duit PTPTN...skang nak bayar loan PTPTN nak kena jual balik harta benda yang dok beli dengan duit PTPTN dulu..hahahaha...





Ramlee Awang Murshid memang terkenal dengan novel2 thrillernyer..koi jatuh cinta pada tulisan beliau lepas baca Novel Tombiruo tu la...tiba2 ada sambungannya pulak..koi pun beli laa....pastu dok seronok pulak beli novel2 beliau...koi ada banyak gak..

antaranya..Mandatori,ADAM, Hatiku di Harajuku, Bagaikan Puteri dan tak ingat lagilah...skang koi dah tak baca novel2..kalau baca pun novel bersiri Cikgu Rania dalam Surat kabar Metro setiap ari Selasa...bila dah beranak pinak ni..jgn kata nak baca novel...nak baca surah yasin pun tergopoh gopoh nak habiskan...kakaka..

dah jual daaahhh....

Friday, March 11, 2011

jom bizz...

Last weekend koi pergi belajar buat coklat kat BBU...persediaan menghadapi hari2 sebagai surirumah..hahaha...bolehlah koi buat biz handmade choc secara kecil kecil sama ada melalui online mahupun dari mulut ke mulut...skang tgh usha market dulu..pastu next week anak sedara sebelah en suami koi nak bertunang...so boleh la koi perkenalkan handmade choc koi untuk ditempah..muahahahha...berangan kena lebih..barulah ada semangat

kepada org sekitar kawasan skudai dan sama waktu dengannya..kalau nak belajar buat coklat ataupun nak menempah...pergi facebook..cari 'rafidah ani'...haa..bolelah kalau nak tengok2 dulu....naok order dengan koi boleh juga..koi bagi spesel price kapada follower...hhahaahha...sekali lagi berangan...sementara belum dapat kerja ni berangan kena macam2...esok2 kalau dah dapat kerja baru...takdenya dah nak tengok benda coklat tu...

tgh terfikir2 ni..cukup ke duit nak survive kalau en suami koi jer kerja sorang...memandangkan projek en suami koi pun dah nak siap...pulak tu kompeni beliau kerja takde buat projek lain kat jb...pening juge nih...buatnye tak dapat kerja lain kat jb...kena la ikut kompeni tu punyer projek kat luar jb..kl ke..penang ker...wahh..pening...perlukah aku kembali kepada kompeni itu??..TIDAKK....tak sanggup...tak sanggup...

pentingkan diri sendiri ke koi ni haa..patutnya koi pikir pasal keselesaan anak2...ekonomi keluarga..tabungan masa depan anak2...sayang pulak dengan gaji yang dah agak selesa ni...baru2 ni koi ada juga pergi interview lain tempat...yang kelakarnya...nak pengalaman sampai 2 ke 3 tahun...oklah...yg tu koi boleh comply pasal pengalaman tu..bila koi bagi harga sikit dah terjegil bijik mata dengar...nak yg berpengalaman..tapi nak murah...ambik bangladesh la kalau nak murah sangat...koi pulak nak setiap titik peluh koi dibayar dengan harga yang setimpal..skang ni bangla pun dah pandai demand tauu...

oklah..anak2 dah bangun tido..nak gi suap anak2 makan pulak..maklumlah..suri rumah sepenuh masa...muahahahaa..

Klik! Klik!

Post Terhangat