Tuesday, December 17, 2013

Tudung sulam manik untuk dijual

Tinggal 3 helai sahaja lagi tudung layer dengsn sulam manik yang meriah pada awning dan hadapan tudung.

Mak mertua koi ambik colour purple..kakak ipar koi colour orange. Koi berkenan red colour tu..tapi koi dah ada banyak tudung yang boleh di sesuai kan dengan baju merah. Takkan merah lagi kan... mak mertua koi cakap...haa..beli la...boleh ko pakai buat pergi perhimpunan wanita umno.

"Mak...puteri umno kaler pink makkk...."

Harga dia RM33 tak masuk penghantaran. Kalau berminat cepat komen ke..emel dianafisa at yahoo dot com atau wasap ke..wechat ke...sms ke 017 7995824.  Stock ni je tinggal. 

Monday, December 16, 2013

Anak buah bertunang...mak buah...

Memang jadi lumrah kalau anak buah bertunang mak sedara nya yang sibuk lelebih. Hehe...ni anak sedara belah suami koi yg brtunang. Bukan belah koi...yg belah koi punya anak sedara...yg sulung baru umur 14 tahun. Seminggu koi dok ber kampung kat runah mertua kii tolong buat hantaran. 
Niat koi nak tolong je..tapi mak dia bagi upah plak.
Dah siap semua hantaran...boleh plak koi lupa nak tangkap gambar nya...adesss...

Ada la 2 ke 3 keping gambar koi amik...yg lain lupaaaa....koi buatkan coklat tulis selamat bertunang...koi buat mango puddings bentuk bunga...sirih junjung...yg lain tu...barang dia koi gubah2 sikit je.

Majlis pun berjalan lancar walaupun dengan ke tiada an mak mertuabkoi yang terkandas akibat banjir di temerloh.

Tak best mak takde...

Tuesday, November 26, 2013

Serai Wangi Essfa yang Ohsem

Koi terjumpa produk Essfa ni kat fb..pastu gatal je nak mencuba…
Koi memang suka dengan bau-bau semulajadi ni. Mungkin sebab dari kecik dah dibiasakan dengn tumbuh-tumbuhan kot…
walaupun koi tinggal di taman perumahan, tapi sebab rumah koi dah hujung-hujung…
dapatlah abah koi bertanam-tanam kat belakang rumah.
Tapi kawasannya cinonet jer…takdelah tanam banyak-banyak.

Antara yang ada kat sekitar rumah koi macam pokok belimbing buluh, serai, lengkuas, halia, serai wangi, sembung, halia bara, cekur, pokok kecubung, getah jarak, pokok pisang, mengkudu, misai kucing, kesum, cemomok, kaduk, kunyit bonglai, limau nipis, limau purut dan tah apa lagi.
Tiap kali demam bapak koi akan rebus daun sembung dan serai wangi untuk buat mandi.
Lepas mandi rasa segar dan bertenaga sikit badan.
dan kalau bersalin memang kena mandi air rebusan daun-daun ni pagi petang.

Koi ni bawak benih sembung..kunyit bonglai…serai wangi…halia bara…untuk ditanam kat umah sini.
yang koi bawak sepasu merimbun pun ada..tapi lebih-lebih 5-6 bulan jer idupnya.
Lepas tu innalillahh pokok-pokok tu semua.

Koi beli mandian dengan haruman Elegance dari daun Gelam atau bahasa purbanya Cajeput. daun eh?
ntah koi pun tak tahu gelam ni apa. 
yang koi tahu padang kat depan dataran jb tu namanya Sri Gelam.
TMJ selalu main bola kat situ..
koi beli sebotol aje mandian ni..tp orang Essfa tu bagi tester untuk  3 lagi wangian…
    • Feminin-Serai Wangi (citronella)
    • Desire-Serai makan (lemongrass)
    • Maskulin-Nilam (Patchouli)

yang koi beli koi sayang nak pakai, koi belasah yg tester punya. Koi try yang serai wangi dulu.
Serai wangi ni namanya harumannya Feminin.
Masa mula-mula pakai tu rasa rindu sangat kat kampung.
Yela…aroma serai wangi ni macam dah sinonim sangat dengan rumah abah koi.

Bau serai wangi ni mmg memberikan kesan ala ala aromaterapi tau.
Badan rasa segar jer lepas mandi.
pastu koi terfikir pulak kalaulah koi jumpa mandian ni 6 bulan lepas kan..masa bersalinkan baby Aril kan best.
Memang betul-betul kerugian la…

Dan sapa-sapa yang baru bersalin tu..adalah disyorkan mandi menggunakan mandian Essfa Feminin ni.
Memang akan rasa lebih segar dan tenang.

Fungsi sebagai sabun mandi tu macam biasalah membersihkan badan kita dari kotoran, daki, bau peluh
Tapi bagi koi ia sangat best digunakan sebab bila digunakan setiap hari 
koi perasan bau badan macam takde la..
Biasala…setiap orang kan ada bau badan..
cuma kita tak perasan sebab dah sebati dengan hidung kita sendiri kan…
Paing dengan tak ajela kan.
tak payah pakai deodorant dah skang ni.
(sebenarnya dah habis tapi lupa nak beli)
Memang kurang bau badan…tapi taklah badan bau serai pulak…
Yelah…pada dasarnya..orang dulu-dulu buat mandian serai wangi ni kat org baru bersalin sebab nak hilangkan bau hanyir darah bersalin tu…

Produk Essfa ni sangat sesuai jugak bagi kita yg banyak sangat dah terdedah dengan chemicals kan
Mandian dia ni takde animal products, bebas pewarna dan pewangi tiruan…bebas dari segala bahan kimia.
jadi sebagai langkah mengurangkan penggunaan bahan kimia, apa kata kita cuba mandian Essfa ni pulak.

oh ye..ini bukan iklan berbayar…bukan sponsored post..atau testimonials berbayar…bukan..
ini sekadar satu perkongsian produk  yang koi baru cuba dan koi sangat sukakannya.

Produk Essfa ni berkoloborasi dengan Mardi untuk hasilkan minyak pati tumbuh-tumbuhan ni.
Ada halal Jakim…so gunakan tanpa was-was
Buatan Malaysia…
ada GMP juga…

Lepas ni koi cuba pulak kongsikan mandian dengan wangian yang lain tu…dan lain-lain produk yg koi beli.
dah tak kerja pun asik membeli aje kerjanya….hehe…


20131126_142352[1]

Tuesday, November 19, 2013

Kacakkah Pasangan Anda?


Nampaknya kerjaya sebagai jurutera tidak cukup untuk mengacakkan seorang lelaki ye en. Suami...
tak kacak pun takpe la..
koi sayang juge..

Friday, November 15, 2013

Banyaknya tudung...

dulu-dulu tudung banyak pakai nama artis..artis mana yang pakai dulu...
maka dapatlah tudung tu nama dia..ye dak...
mula dulu ada tudung Wardina..pastu ada tudung Ekin...
pastu dua dua orang tu skang ni pakai tudung Ariani. hehe...




Inilah owner ARIANI tu. Namanya Farah Haryani. Masa kat kolej UTM dulu duduk depan bilik dia. Cantik dan peramah orangnya.
Yang paling tak tahan...masa mawi dalam AF, 
mawi kata nak calon isteri pakai tudung, 
keluar pulak tudung Mawi..nasib baik tak meletup pun. 

Tudung Siti awal awal dulu pun lain daripada yang lain juga..
yelah..mestilah nak cipta kelainan kan...
takkan nak kopipes artis lain. 
Dato CT pakai apapun nnt ramai orang ikut..
tapi masa tu, tudung Dato CT lebih kepada selendang Mak Datin macam Jedi pun ada
Tapi skang alhamdulillah...
comel dan ayu Dato CT bertudung penuh 
walaupun sekali imbas eh..cam Najwa Latip pulak

then ada tudung Syria, yang sampai skang koi tak terniat nak pakai sebab nnt muka nampak bulatan sempurna...

Ada tudung Aidijuma, Tudung bawal yang berton tu inpired dari Datin Juma le tu...


Ada Tudung Yuna...tapi pun tak macam tudung...lebih kepada turban.
Dan tudung stail Yuna ni hari-hari koi pkai..
tiap pagi lepas mandi...hehe



dan lepas tu musim shawl...macam macam shawl ada. 
tapi koi malas nak belit-belit
ada yg glitter, ada yg cotton, ada 2 lapis, macam-macam lah...
halfmoon tu nampak macam kacang sikit nak pakai...
nak beli juga, tapi nantilah

dan yang paling jadik fenomena..tentulah Tudung Fareeda kann...
yang tak mampu ku miliki...
huhuhu...
mahal sangatlah pada koi yang tak berpendapatan ni...
masa berpendapatan pun koi rasa mahal jugak..
hahaha..
dasar berkira sebenarnya
lagipun koi banyak pakai tudung bawal jer

adalah selai dua yang berlayer,,berbatu...
En Suami belikan masa nak raya ari tu
Tu pun koi rasa dah mahal RM50 lebih sehelai, sehelai lagi 40 lebih
jadiklaaa


Thursday, November 14, 2013

Mendodol yukkkk

DSCN1614

ini kisah balik Raub raya haji bulan lepas., tak kira raya puasa atau raya haji…tetap disambut meriah di Raub.
Mak abah tetap sediakan juadah yang pelbagai. Tetap ada dodol, lemang, rendang, ketupat.
Yang berbeza sikit masa raya aji baru ni, abah beli ketupat segera Nona aje sebab tak larat nak panjat pokok kelapa.

Masa raya aji baru ni pun…kitorang je yang balik.
Along…bininya merajuk lagi.
Angah kerja, tak dapat cuti, dia balik 3 hari lepas raya,
Madi cuti sehari je, lagipun turn raya temerloh,
Nana tengah kursus.

kitorang pun balik kejap jer…
jengah orang tua..
lagipun diorang buat korban…
tak sedap la pulak kalu tak balik kannn….

pasni, tak tau bila pulak balik lagi..huhu…

Wednesday, November 13, 2013

DIY Charging Holder


DSCN1734
Beginila rupa kalo koi ngecas henpon.
Silap gaya memang berlepuk jatuh.
Mujor tertengok gambok yang budak nameera share kat facebook dia.
Barula ada idea untuk buat casing dia.

DSCN1729
1. Cari pape botol kosong kat rumah. botol lotion ker…botol sunlight ker…

DSCN1731
2. Pastu potong botol 3/4 bahagian

DSCN1732
3. Ukur dengan henpon anda. padankan dengan ketinggian yang sesuai.
Repair la sikit2…bahagian belakang panjang sikit, pastu tebuk lubang untuk masuk pin plug.

DSCN1733
4. Okay…perfect size!

DSCN1735
5. Taruk la hiasan pape. nak senang carik je sticker bunga-bunga…nak lukih ke..nak painting ke kalo reti…
koi punya dah siap. luv it. ahak ahakkk…

Tuesday, November 12, 2013

Kitchen Hand Glove


DSCN1510
cekononnya la kan..dah ada microwave oven..nak la ada sarung tangan pulak kan….
tapi tak sempat je nak ke kedai dua ringgit u. so, belek2 buku jahit jumpa pola kat atas ni…
yeehaa…jadikla hendaknya kitchen hand glove koi ni kang.

DSCN1472 
haa…macam comel jer…macam cantik je…suka tak..? ha…comel tak kak tonnn???

DSCN1476
comel la sangat kannnn….jahit ada yang tak kena..kejap tipis kejap lebor…kejap benang putus…haha

**tak sempat nak pakai kat dapur anak2 teruna koi dah bawak main ala-ala sarung tangan besbal gitu.

Monday, November 11, 2013

Daftar pra sekolah


rasa bersyukur sangat sebab abang mukhlis diterima masuk ke pra sekolah sktu4. dalam punya besar taman universiti ni...punya ramai pemohon, anak koi antara yang terpilih..alhamdulillah...

so, dah daftar, dah order baju dan buku, dah dengar taklimat...lepas ni bayar yuran dalm lebih kurang dua ratus kot...takde bayaran bulanan. orang kata pra sekolah ni banyak nyanyi jer,..anak tak pandai...takpelah abang..belajar ikut usia yer...waktu nyanyi kita nyanyi...waktu makan kita makan. orang2 tua pun panggil tadika ni sekolah makan. sampai masanya nanti, berjumpalah dengan dy, dx tu semua...

Sunday, November 10, 2013

Amboi! Handbag..

Red

Brown

Inside

Khakis

Black
HARGA
WM:RM60 /  EM:RM65 
TERMASUK POS

Material PU
Width (cm) 40
Height (cm) 30
Bottom Width (cm) 14
Handle (cm) 18
Strap (cm) adjustable
Pocket Inside Bag 3 pockets
Pocket Outside Bag 1 pocket
 
Koi paling berkenan hak merah tu...tapi tengah ada anak kecik..tak bawak handbag pun bawak diaper bag.
yang ni fast selling ya...belia-belia mmg suka beh yang simple dan boleh selempang tali kat bahu
 
kalo berkenan boleh pm koi, boleh emel dianafisa81 at yahoo dot com
boleh sms, wechat,wasap,call di 017-7995824

Friday, November 8, 2013

GA: LIKE, SHARE AND WIN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang..

Sempena Hari Jumaat yang penuh barakah ini...koi jemput semua yang terbaca post ini untuk join GA: LIKE, SHARE & WIN di facebook.
 

Langkah penyertaan:

1. LIKE page SERI SEKIJANG 
2. SHARE  gambar 
3. Tunggu keputusan pada Hari Jumaat depan


Penyertaan kalian adalah amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih

happy birtyday kimos!

kelmarin koi dgn anak2 pergi kedai stationary...beli drawing block..pensel warna...dan lain2 alat tulis...nak pergi rainbow...nnt budak2 kat rainbow tu dok berebut-rebut cubit pipi Aril...haha...kedekut betul mama Aril ni. So kitorang pergi kedai lain, kedai tutup awal sikit, masa tu kul 8.30 mlm baru...tapi budak2 dia dah ready nak balik. koi masuk la dgn anak2..ayah budak2 tu tunggu dalam kereta.

tetiba masa koi nak bayar anak sulung koi si umar mukhlis tu menangis sambil trlompat lompat...cuak jugak koi...kenapa pulak ni??tersepit ke?jauh ker?adik dia gigit ke?

rupanya dia takut terkunci dalam kedai sebab budak2 kedai tengah tarik pintu besi tu (roller shutter)...lampu belakang pun dah tutup...air cond dah tutup...laa....itu yang dia takut sampai terlompat-lompat menangis...hihihi..anak....anakk....

yg adik berani sangat..yang abang sangat kurang berani...

balik tu kitorang pun stat la melukis mewarna kad birthday untuk mickey mouse atau sebutan dik mok adalah kimos. dah 4 tahun tapi pelat pekat likat lagi.



Sunday, October 20, 2013

Lama tak Jumpa...

agak lama juga rasanya koi tak update entry kat dalam ni...sibuk sungguh..tapi kalau berfesbuk koi ada jer masa...ini adalah kerana mesin enjut-enjut buai anak koi dah rosak. Ntah camana boleh rosak. Ada guarantee, tapi resit pembeliannya dah hilang pulak. Dah puas koi geledah bilik, tak jumpa...takkan nak mintak lagi satu...Terpaksalah koi mengenjut buai dak Aril ni...bila buai berenti je..matanya celik besor...hadehh...pening mak!

Buat muka minta dukung la tu

 lagi bertambah sibuk sebab raya haji hari tu. Koi pulang ke Raub hari Ahad pagi..balik JB pada hari Selasa sebab En. Suami kerja la hari Rabu. Seronok dapat balik kampung tengok parent walaupun kejap. Rasa bertuah sangat diri koi ni dapat suami yang sanggup amek cuti Hari Isnin, dan tanggung perbelanjaan pergi balik kampung koi. Bukan semua suami sudi tau...

Hari Jumaat sebelum raya tu pulak, parent in law dengan adik ipar datang rumah kat JB...pulangkan kereta. Pastu sempat la bawak diorang jejalan kat Angsana. Biras koi teringin benar nak ke Angsana. Asik dengar citer orang jer...mana tahan. Alah bukan ada apa pun kat Angsana tu..hehe..padahal masa bujang dulu boleh datang kul 9 pagi balik 9 malam.

Huduh pe'el si Abang Mukhlis, Sepupunya tengah makan, pergi mengecek nak makan sama. Habis pulak tu...sampai order lagi sepinggan

Okaylah...koi dah nak tido nih...nnt sambung lagi dengan entry yg lebih menarik yer...

Selamat Malam semua..saya dah ready nak tido.


ps:oh yer...sudi sudi la add friend kat fb koi... :)


Tuesday, October 1, 2013

Bingka coklat

Selamat pagi tuan-tuan dan puan-puan semua. 
Resepi hari ni adalah kek coklat ye tuan-tuan dan puan-puan. 
Kek coklat kita hari ni, kita nak masak dalam microwave tau...mula-mula, senang aje.
 Kita google aje resepi kek coklat tu kat internet.
 Pastu gi dapur, tengok apa yang ada. Kat dapur koi hari ni semua ada. 
 Nampaknya makan kek cekelat la kita jap lagi. 

 

Siap-siap semua bancuhan, koi pun tuang dalam bekas putih ni.
 Nampak cam keras je ni. Ntah jadi ntah tak. Tengok kat resepi masuk mw dgn suhu 500w slama 5 minit. Koi pulak tak tau acaner rupa 500w tu kat mw ni.
Koi pun letak setting P50, selama 5 minutes.
Dah habis masa 5 minit tu, koi tgk, jangan kata masak, takat suam-suam kuku je.
Koi pun masuk balik dalam mw. Taruk setting P100 letak 5 minit jugak


 
. Lepas 5 minit, yeay kek coklat dah siap. Cucuk garpu dah tak lekat, garpu kering, means dah masakla kann... Tapi rasa dia nko...haha..keras, pahit, bantat.

" Apa ni ma?"

Pasal malu nak sebut kek...

"Bingka coklat!"

Haha...oh my cake!

Sunday, September 29, 2013

Ikan Kaloi…

Photo0191

Ikan kaloi merah ni kitorang bela sejak belum ada anak lagi…anak koi yang sulung dah 5 tahun la ni..maknanya ikan ni dah lebih 5 tahun la umur dia. Panjangnya pun dah lebih sekaki. Kepalanya pun dah naik berbonggol. Koi nak ambik gambar dia dekat-dekat..tapi asik bergerak je…semuanya blurrr…En. Suami koi rajin beli ikan tapi bab nak cuci filter..hmm…mak jemah jugak yang kena cuci….

Ikan kaloi koi ni makan apa je yang dicampak dalam akuarium dia…selalu bagi makanan dialah. Sebab kalau tak bagi makanan dia, warna merah dia tak naik…putih jerr….kalau terputus bekalan makanan dia bagi nasi dia telan, roti dia telan, kangkung pun perabih….

Photo0551 
Ni ahli baru...baru jer beli awal tahun ari tu. Kecik lagi..ini species ikan kaloi gak…kaloi hitam. Yang ni masa mula-mula masuk akuarium kat rumah mogok lapar. Bagi apa pun semua tak makan. Cuba beli udang halus…woooaa…laju dia ngejar anak udang tu..tapi larap pulak koi nak nyediakan. Satu lagi selalu jer ak sempat nak pergi kedai ikan cari makanan dia. Pulak tu kadang2..udang belum sampai….Tapi lama-lama ikan ni makan aje pelet dia tu. Mula-mula je jual mahal.

Tu batu dalam akuarium tu batu koi buat hiasan dalam pasu bunga manik koi. Hehehe….bunga manik dah tak berbunga..tinggal manik je dalam setor bawah tangga



Photo0215
Ini kedai ikan tempat kitorang selalu pergi cari ikan dan aksesori akuarium. Kedai ni kat Taman Daya. Ada banyak jenis ikan jual kat sini…bukan ikan jer..makanan ikan pun ada banyak pilihan. Haiwan peliharaan lain pun banyak gak, ada burung…ada arnab, hamster, iguana, dan macam2 lah

Photo0209 
Budak berdua tu tengah mengkaji apa benda ntah kat dalam akuarium tu..udang kot…Udang pun koi dah banyak kali bela..tapi tak tahan lama..asik kena kunyah dek ikan jer. Tak berbaloi bela udang dalam akuarium ikan..kalau nak..buat kolam betul-betul…bela udang jer…pastu pancing, dapat hasil cam kat bawah ni…huih…masak lemak cili padi sedap..goreng pun sedap….

IMG_0064

Kaka...mia abij

Sape tau apa makna tajuk di atas?? 
Cepat-cepat..siapa boleh terjemahkan kata-kata di atas?? 
Ayat di atas ditulis oleh pekerja Bangladesh koi masa projek kat UTM dulu.

Melihat gambar ni di fanpage Oh Media! yg terus teringatkan ayat kat atas tu

Post Terhangat