Friday, February 22, 2013

Berisi sikit apa salahnya...

Selepas bersalin anak ke 2 pd 2009, koi gunakan suntikan depo sebagai langkah merancang keluarga. Koi tak sure sama ada mmg suntikan hormon tersebut yang menjadikan badan koi membesar bagai johan atau tak kerana koi jarang lunch sebab takde kawan. Selalu tapau breakfast jer. Pastu koi berhenti buat injection lepas setahun dan rancang sendiri2 jer. Pakai Maajun Anggun Bistari pun ikut suka hati...rasa nak makan...koi makan...rasa macam malas..tak payah makan...

Sebelum bermulanya bulan puasa 2012, suami koi ajak pergi beli baju raya. Awal gila cari baju raya. Cari punya cari..asal koi berkenan jer takde saiz..asal koi berkenan jer..takde saiz...saiz baju yg cantik tertarik semuanya untuk orang badan kecil hingga sedang-sedang ajer....yg super kiut macam koi takde saiz..sedihnya...En. Suami koi kesian kot..dibelikan minuman fiber jenama apa tah. Boleh makan apa saja kecuali minum ais. Takdelah nak pantang makan nasik segala tu...Koi pun try ler...sepanjang bulan puasa tu...di samping diet waktu puasa..koi minum air suam banyak2 waktu buka, malam, sahur. Hasilnya...hilang jugaklah dekat 8 kilo, dari 78 kepada 70kg...BMI still overweight tapi nampak la hasil.

Koi teruskan diet sampai lepas raya...dan turun lagi jadik 68kg. Biasalah raya payah sikit nak diet. 2 bulan lepas raya koi dah ngandung pulak...Okeh  aktiviti diet terhenti setakat itu sahaja. En. Suami koi gelak2... betulla orang cakap kalau gemuk kurang subur. Baru hilang 10 kilo terus sangkut...

Koi tanya jugak kat En Suami..dia kisah ke kalau koi gemuk...dia malu ke?? Sambil gelak-gelak dia jawab...
"Gemuk ke kurus ke bkn utk gua, untuk lu sendiri. Lu yang nak pakai baju kurung moden zip belakang sampai dah tak boleh zip, lu yang nak pakai kemeja tapi sampai tercabut butang tang perut, Lu yang carik baju sampai tercabut lutut tak jumpa saiz, lu yang tak larat nak kejar anak kat playground. Gua takde hal babe. Selagi muat nak kerata sedan, okaylah...takdelah nak kena angkut lu naik Hilux kann"



Terjumpalah pulak yang kat bawah ni kat wall FB...

Isteri : Kenapa perempuan, selepas kahwin akan berisi?
Suami : Biasalah perkara macam tu, Saidatina Aisyah RA pun selepas kahwin semakin berisi. (Dari hadith yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah RA, diawal perkahwinan dengan Rasulullah SAW mereka berlumba lari, Saidatina Aisyah RA menang. Selepas beberapa ketika usia perkahwinan, Rasulullah SAW mengajak isterinya untuk berlumba lari dan berjaya mengalahkan isterinya. Lalu Saidatina Aisyah RA menceritakan bahawa ketika itu beliau sudah berisi.)

Nampak 'hikmahnya'.

1. Suami tidak meletakkan isu wanita hamil atau bersalin dan menyusukan anak sebagai alasan isteri menjadi gemuk kerana Saidatina Aisyah RA tidak memiliki zuriat (tidak hamil atau menyusukan anak).

2. Suami memandang kecantikan seorang isteri bukan pada fizikal, tetapi disebalik yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman seperti sifat keibuan, penyabar, penyayang dan santun dengan keluarga.

3. Seorang suami apabila melihat keindahan akhlaq seorang isteri, akan melihat nur di wajah isterinya yang mana akan mencantikkan wajah isteri dengan sendirinya. Kerana rupa yang cantik tidak menjanjikan akhlaq yang cantik namun akhlaq yang indah insyaAllah akan membiaskan nur di wajah isteri.



Copy paste dr Bercinta Selepas Nikah

7 comments:

diana said... [Reply]

sama macam suami akak kata..
bukan masalah dia kalau akak gemuk.tapi dia takut gemuk akan buat akak banyak masalah...
nak cari baju susah..naik tangga susah,jalan jauh sikit susah..jadi kena sentiasa beringt la..

heheh

nini said... [Reply]

ada je lelaki yang suka perempuan gemuk...erk salah berisi...hehe

Bin Muhammad said... [Reply]

Salam,
Betul kata suami Koi... Saya pun mcm tu juge, xkesah pun kalau gemuk tapi pastinya kalau gemuk menyusahkan diri sendiri...tu yg masalah. Semua perlu baru...tu yg lagi susah...hehe.

Aju Mohit said... [Reply]

pada aku ada lelaki yang kat mulut kata tak kisah, tapi bile tgk kawan2 dia jenis yg suke tgk perempuan dahi licin dah tak ingat apa yg dia ckp dulu tu, so thats why aku terus amik inisiatif tuk jaga badan. setakat ni tak amik minuman kurus bagai, hanya jg makan dan banyakkan senaman, selain jaga badan, kita pun sihat sebab mak aku ada sakit jantung, so kenelah jaga

Nafisa81 said... [Reply]

dah jadi bini, takkan nak tinggalkan bini gemuk..tapi kalau melintas depan mata yang melentik macam Rozita Che Wan..jeling jugak kot...

LydSunshine said... [Reply]

Awk ni macam kawan saya. Lepas kurus je pregnant. Heheh. Nampak macam tak gemuk pun aok.

Itu la, suami koi pun kata gitu jugak. Dia tak kisah koi macamana selagi koi taat pada perintah Allah, Rasul dan jadi isteri yang taat kat dia. Kadang2 koi rasa dia lagi suka kalau koi berisi skit.

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Haha... ber"Lu gua" suami Nafisa ye..

Gemuk atau kurus bergantung pada selera suami sebenarnya, ada juga lelaki mmg tak suka bini sekeping cam papan, pernah sorang kwn I, terpaksa menggemukkan diri sebab mendapati sominya menjalin cinta dgn pompuan gempal (nak tulis gemuk cam tak sampai ati plak).

Kalau somi I plak..mmg selera dia mcm I ni la... dia yg kata la..hehe..

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

busuk.org

apesal traffic??