Monday, March 11, 2013

Minggu 28 : Abang Mukhlis & Adik Baby

Minggu ni dah masuk minggu ke 28 dah kandungan koi. 

Dari kalkulator Pa&Ma online

badan koi rasa makin mudah sakit-sakit...duduk lama sakit pinggang...berdiri lama sakit pinggang...tidur terlentang sakit pinggang...Sakit sana..sakit sini...Mencabar sungguh mengandung buat kali ke 3 ni..

selera makan biasa-biasa jer...takde la besar benar selera tapi memang kuat minum air...rasa sangat panas sekarang ni...terjaga tengah malam semata-mata untuk minum air. makan tak banyak pun, berat naik jugak...haha...masa ngan dung naik sampai 10 kg...lepas bersalin nak turunkun sebulan sekilo pun payah...

seperti statement kajian di atas...breast koi dah mula keluarkan cecair likat tu...masa ngandung rajin sungguh ia keluar..esok2 dah beranak..punyalah seksa nak keluarkan..menjerit jerit budak tu tak cukup susu....meroyan kejap...

Anak sulung koi sgt excited menanti kehadiran adik barunya..asik tanya..

"bila nak bulan 5 ni mama?"

"skang bulan berapa dah mama?"

"bulan 5 ada apa ye mama? Abang suka sgt bulan 5"

Bila suruh simpan syiling masuk tabung....

"nanti duit tabung ni kita beli baju adik baby kan mama"

Abang nak adik baby lelaki ke perempuan?

"Abang nak adik baby macam Hannan"

Bila tanya Hannan tu laki ke perempuan, dia jawab tak tahu...hari tu tanya teacher kat taska dia..Hannan tu laki ke perempuan. Perempuan rupanya...owhhh...dia memang nak adik perempuan.

koi pun search la jugak maksud nama Hanan = Kesayangan, kecintaan, rezki, berkah .

Iklan kolgate. Model Abang Mukhlis & Adik

Bila Malam nak tido dia akan datang kat sebelah koi...tepuk2 perut koi macam koi pok-pok dia sebelum tido sambil nyanyi Laailahailallah....

"Mama, abang tidokan adik baby ye"

:)

6 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said... [Reply]

Wooooo.... Mukhlis dah ada awek kat sekolah nama Hannan ea???!!!. Kantoi dah tu. (hahaha... auntie gurau je).

Bestnya ada baby nt. Raya taun ni mamanya dah boleh pakaikan baju gaun cantik2.


LydSunshine said... [Reply]

How sweet abang dia. So, awk dah nampak ke gender baby awk?

Aju Mohit said... [Reply]

alahai sweetnya si abang ni yan, siyes boleh harap
nak jaga adik dia nnti, ko dh scan lum? akulak excited ;)

Razfira said... [Reply]

wahh bakal abg2 protective.. hehe

Nafisa81 said... [Reply]

haha...baby belum tahu laki ke perempuan. lom sempat scan. tapi abang dia dah sediakan nama. "Hannan"

Kesuma Angsana said... [Reply]

moga dipermudahkan yer

Sale! Sale! Sale!

Dapatkan pelbagai barangan di Seri Sekijang Blogshop...
Legging kanak-kanak, Cawan Giacomo, Handmade Chocolate, Homelife, kitchen wallpaper, cartoon cutlery, kitchen tools, Gift Box, Serving tray, Fridge magnet preloved item

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

I will follow youuu....

babab.net

apesal traffic??