Monday, December 10, 2018

Jom Baca Novel : Sungguh Aku Cinta

Novel ni dikarang oleh ANIS AYUNI dan Mama Yan sangat tergoda dangan penceritaan dan lenggok bahasa yang digunakan. Mama Yan beli secara atas talian sahaja di Google Apps sebab malas nak tambah kapasiti rak buku lagi dah.

Mama Yan baca Novel ni berkali kali sebab rasa terbuai buai...rasa syok sendiri gitu. Humaira, yang bermaksud pipi merah menjadi watak utama dalam novel ini. Seoarang perempuan yang cekal mengutip cintanya yang berkecai dicurangi suami. Kecurangan Azhan yang setrusnya menceraikan Maira tanpa belas hanya kerana Sofia enggan bermadu memberikan impak besar kepada Maira.

Dalam cerita ni digambarkan Fajar sebagai seorang lelaki yang sangat sempurna.
Tak main perempuan, komited dengan kerja, anak orang kaya, berbudi bahasa, hormat orang tua, mudah didekati dan disenangi, aktif dengan aktiviti lasak, bertubuh sasa, berwajah tampan.
Susah tu nak cari di alam nyata.

Bermacam cara dilakukan oleh Fajar untuk mendekati Maira. Maira yang masih dalam trauma atas kegagalan cintanya yang lalu, sangat berhati hati dalam menjalin persahabatan.

Perkenalan ibu Fajar dan Humaira bermula dengan sangat baik apabila Maira membantu Datin Yati ketika diragut. Walaubagaimanapun, setelah mengetahui kedudukan Maira yang pernah bersuami, tiba tiba sahaja perasaan benci merajai hati. Bukan sahaja ibu malahan adik perempuan Fajar juga memandang jijik kpd janda seperti Maira. Mujurlah ayah Fajar sangat memahami isihati seorang lelaki. 

Dalam keadaan cintanya ditentang keluarga, Azhan pula kembali menagih kasih Maira. Walaupun Maira tidak sekali kali akan kembali kepada Azhan, Fajar tetap berasa rusuh hati. Azhan telah mengaturkan perpindahan nya ke Dubai dan berhajat untuk membawa maira ke sana untuk memulakan hidup baru. Bagaimanakah penerimaan isteri Azhan? 

Novel ini juga diserikan dengan watak watak sampingan.

Delly - sahabat sekolah Maira yang juga rakan ekspedisi Fajar. Delly lah yang mempelawa Maira mengikuti ekspedisi ke Gunung Kinabalu yang seterusnya mendekatkan fajar & Maira 

Qafiz - Kawan baik Fajar yang turut memendam rasa terhadap Maira pada pertemuan pertama dalam ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu. Walaubagaimanapun, rasa itu terhenti ketika Jezmine membocorkan status Maira. Terus sahaja Qafiz yang baru putus tunang tu dapat melihat cahaya cinta di mata Delly

Jezmine - Rakan ekspedisi yang turut menyimpan rasa cinta kepada Fajar tapi tidak diendahkan. Jez sangat membenci Maira kerana menganggap Maira memotong laluannya untuk memiliki Fajar.

Miftah - Rakan ekspedisi yang sering dibuli Jezmine yang juga anak bosnya

Nur Suria - adik Fajar yang turut kahwin awal ketika menuntut di luar negara. Sama kes macam Maira juga...tapi bernasib baik kerana suaminya seorang lelaki yang baik & setia.

Sofia - isteri kepada bekas suami Maira.

Semua watak dikembangkan dengan baik dan punya pengakhiran yang tidak tergantung.

Kalau la Mama Yan ni kaya macam Dato Yusuf Haslam...Mama Yan nak buat drama bersiri cerita ni. 
Antara barisan pelakonnya :
Fazura = Humaira
Fajar = dah tentula Fatah Amin
Azhan = kita bagi Azhan Rani la.
Datin Yati = Dian P.Ramlee 

Novel ni agak berbaloi dibaca sbb Mama Yan dah baca banyak kali...hahaha...
Sebab takde banyak koleksi novel...ulang ulang la baca apa yang ada...hahaha


Sekian,
Wassalam 





1 comment:

  1. Air tangan Anis Ayuni sangat menarik tapi novel ni ai takde lagi. Boleh cari ni.. ;)

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...

Post Terhangat