Tuesday, December 25, 2018

Kupang Tumis Pedas D'Resepi

Baru baru ni...
Mama Yan dan suami ke SM Sains Muar,
Otw nak balik tu...
Nampak banyakla gerai jual kupang dan lokan kat tepi jalan
Ye lah..
Sekolah tu kan kat area Kesang Laut...
So banyaakla yang berniaga kupang.
Kami pun beli la 3 kila RM20.
Oh ya..kami pergi sebab ada buat kerja dalam sekolah tu...
Anak2 Mama Yan yang sulung baru nak naik darjah 5.
Lom UPSR lagi.
Sambil2 tu...hantar doa bamyak2...
Kot kot ada yang boleh masuk kat situ nnt...

Mama Yan sebenarnya

 lagi suka makan kupang ni kalau buat sup.
Tp takpelah...
Sesekali bertukar menu pula
Jom tengok cara Mama Yan masak...
Tp diilham kan dari blog masakan lain juga la...
Harap MY masak sendiri...
Boleh ke laut semula kupang tu...

BAHAN - BAHAN:-
 1 kilo kupang, masukkan kupang dalam periuk, tutup dan panaskan atas api. 
Bila kupang sudah ternganga, matikan api dan kopek kupang.

 10 biji cili padi hijau ditumbuk lumat,
 2 cili besar hijau dihiris 
1 biji bawang besar dihiris , 
3 ulas bawang putih ditumbuk dengan cili padi tadi
2 sudu makan sos tiram,
 Setengah cawan air campur asam jawa sikit. 
Garam dan sedikit penambah perisa

CARA CARA:-
 Mula mula, gorengkan isi kupang tadi dalam minyak panas. 
Tutup kuali sebab merecik recik minyak.
Sebenarnya kalau taknak goreng dulu pun takpe,
Angkat dan toskan minyak ke tepi.
Dalam kuali yang sama, kurangkan minyak goreng kupang tadi
Tinggalkan minyak dalam dua sudu,
Ngam ngam utk tumis bawang je
Lepas tu,. 
Tumiskan bawang besar, bawang putih 
dan cili padi tumbuk tadi sampai bersin
Masukkan sos tiram, kacau sekejap. 
Masukkan air asam jawa. 
Kacau lagi dan tambah cili hijau dan kupang, 
Masukkan garam dan penambah perasa jika suka.
Masak dengan api sederhana hingga pekat.
Lepas tutup api,
Masukkan dalam mangkuk lawa..
Ambil gambar..
Sesuai dimasukkan dalam group masak FB,
Group wasap family
Ataupun blog sendiri.


Kena banyak berlatih ambik gambar makanan lagi ni...






1 comment:

aryan azra said...

nampak sedap tu, saya pun tak reti nak ambik gambar cantik2, mana yg ada je janji ada gambar nak letak dalam blog

Post Terhangat