Friday, December 7, 2018

Menyulam pokok getah

Ni entry saja saja sebagai e-diary aje la kiranya...Nanti senang MamaYan nak throwback tarikh tanam pokok getah. Dan yang sebenarnya pun, kami pergi ni masa cuti Hari Hol Johor, 15 Oktober 2018.

Sebenarnya, pokok getah yang ada ni dah besar dah... Tapi banyak yang lompong lompong. Pokoknya mati. Jadi kenalah sulam dengan anak pokok yang baru.

Di samping tu, tanam juga 2 anak pokok nangka dan 2 anak pokok durian. Berangan aje la...pokok durian yang ada tu pun, tak sempat berbuah. Minggu ni datang tengok dah berbunga, minggu depan datang lagi bunga durian dah atas tanah dah... Tak tau angkara kera atau gugur sendiri.

Gerak dari rumah pagi pagi...dalam pukul 7.30 macam tu. Lepas tu singgah Segamat. Pergi beli anak getah dulu kat tapak semaian Risda. Sempat sarapan dulu kat rumah Long (abang sulung suami MY). Long ni Asst. Manager kat sini. Kitorang beli dalam 50 polibeg. Entah la berdaya ke tidak nak tanam ni nanti.
50 pokok naik Triton aje. Tapi jangan bawa laju laju...Takut pokok patah 

Luas gila tapak semaian getah kat Risda Sekijang ni. Kami beli yang harga RM3.50 satu polibeg.
Anak pokok ni ada banyak jenis...ada yg kecik, yang besar, yang setingkat, yang dua tingkat.


Lepas tu meneruskan perjalanan ke Sagil. Ye...kebunnya di Sagil. Jauh dari rumah. Kami sampai Sagil tu, beli baja akar dulu . Beli juga baja pokok. Cita cita haruslah tinggi walaupun sedar bukannya larat pun. Dah settle hal baja, beli makanan dulu sebab nak masak pagi pagi. Pukul 11.30 pagi baru sampai kebun. Matahari lagi 3 darjah nak tegak atas kepala.

Sampai sampai, terus turunkan anak getah dan terus start menanam. Mama Yan tanam, suami cangkul gali lubang. Kalau MY yang cangkul lubang...sampai esok tak tentu dapat 10 lubang. Dapat tanam 10 pokok, masing masing dah lapar. Berenti dulu la. Makan makan. Lepak2.

Lepas tu sambung balik. tapi pukul 3.30 dah berangkat pulang. Tak habis tanam pun...ada tinggal lagi 16 polibeg. Konon nak sambung minggu depannya...hahaha. tapi hapah. minggu depannya ada hal lain

Nak balik tu singgah R&R Bukit Gambir dulu.

Hmmm...begitulah..angan angan besar...semua nak buat sendiri, tapi masa takde. Badan pun tak larat sebab tak fit langsung nak nyangkul nyangkul. Kalau asik kerja je...anak anak apa halnya pula nanti..ye dak?.

Sila jangan terbalikkan device anda, sebab gambar tak penting pun. Dua makhluk gemuk sedang melantak dengan penuh rakus. sebab tu muka kena sensored.

No comments:

Post a Comment

terima kasih la weiii...

Post Terhangat