Friday, December 7, 2018

Pretzel Macik N

Dah lama juga tak tulis blog secara konsisten... tu yang asik lupa nak ambil gambar food. Bila teringat dah habis. Bila teringat dah tinggal lagi dua tiga suap... hahaha

Masa mengandung anak kembar tahun 2014...pernah la termengidam auntie Anne's Pretzel ni. Sebab kat Skudai ni takde...kirimla kt adik yang masa tu kerja kat Jusco Bukit Indah. Hmm...sedapnya bila dapat makan makanan yang diidam idamkan

Tinggal seketul baru teringat nak tulis blog nanti takde bahan pulak. Mama Yan kalau buat entry mesti nak letak at least sekeping gambar. Rasa macam tak menariknya kalau takde gambar hiasan
Petang tadi jalan jalan ke Aeon Bandar Dato Onn. AEON baru juga buka ni, buka awal tahun hari tu rasanya...tp baru ni dapat singgah.
Niat di hati sebenarnya nak redeem mangkuk kaca Jamie Oliver. Tapi apakan daya...takde stok memanjang.

Alang alang dah sampai...memang ade jelah yang nak dibeli...
Belikan donut Big Apple untuk anak-anak, dan pretzel ni utk mama dan ayahnya. Dalam kurungan, mama makan ayah jamah je.

Tadi beli pretzel Nugget dengan pretzel original kot nama dia...main tunjuk tunjuk je..sbb tak berapa nak kenal. Maklumlah....bukan makanan ruji

2 comments:

  1. takpernah try pun lagi yang ni, sedap ke kak? hehehe

    btw sha follow akak tau <3

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...

Post Terhangat