Thursday, December 6, 2018

Sayur Kacang Panjang Tumis Pedas dengan Tempe

Ini bukan resepi ye..
Ini takat kongsi menu malam kelmarin je.
Sejak kawin dengan orang jawa ni...Menu tempe tu memang tak boleh lari...
Macam macam menu yang boleh dibuat dengan tempe 
Dah ramai dah yang menjadi rakan taulan tempe ni masa dalam periuk kuali

Mama Yan pernah masak :-
  •  sayur masak lemak pucuk ubi + tempe
  • Tempe masak kicap
  • Sambal kentang + tempe
  • Sambal bilis + tempe
  • Kacang buncis + tempe goreng manis
  • Sayur lemak Kobis + Tempe (kadang2 sawi)
  • Tempe Goreng celup tepung
  • sambal ketuk tempe
  • ada lagi kot yang tak ingat



Sekarang kat pasar tempe dah 3 keping seikat. Pertengahan tahun depan rasanya memang 50 sen satu keping tu. Mama Yan potong tempe kecik kecik macam ni kalau nak disayur. Kalau nak goreng dengan tepung..atau dengan garam je...potongannya besar sikit. Satu keping tu hiris 4 je kalau nak goreng

Masa ni...bau dia memang boleh buat tukang masak lapar. Ye...jangan tanya kenapa mama Yan takleh kurus. Sambil masak sambil mencekut masuk mulut.


Kuali pemberian mak mertua ni memang jadi kuali favourite untuk masak kat rumah. saiznya...dan kualitinya yang anti lekat memang best sangat digunakan. Hitam hitam tepi tu jangan tanya...tu sunburn namanya. maklumlah hari hari kena kerahan tenaga.

Mama Yan tumis bawang, bawang putih, lada kering yang telah dikisar sampai betul betul masak dan agak kering. Masa ni perasakan la dengan garam dengan aji ke ..gula ke... Cukup sedap ke...

lepas tu jatuhkan kacang yang dihiris nipis nipis. koseng koseng koseng...sampai kacang separuh masak. MY tak suka kacang sampai masak lembek sangat. Suami pulak tak suka kacang kalau mentah sangat. Dia kata nyilu. hahaha...tak tahu nak cerita sebab takde masalah dengan kacang ni.

lepas taruk kacang taruk la tempe tadi pulak....koseng koseng lagi...
kalau nak lagi sedap...taruk ikan bilis goreng garing. Makan dengan nasik panas....sedap wooo...
Aishh...lapar terus rasa.

Mama Yan bukan terer masak pun...tiap kali nak masak mesti buka Google. hahaha...
Kadang2 tanya kakak ipar...
tapi selalunya tanya Google je. 



2 comments:

  1. Sha pindah duk perak baru belajar makan tempe nii..huhuh..tp ok je..sedapp

    ReplyDelete
  2. weii ni la lauk paling best, memang feveret makan ngan nasi panas pun cukup

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...

Post Terhangat