Saturday, December 29, 2018

Shopping Day - Buku Sekolah Agama

Hari ni hari membeli buku sekolah anak anak
Sampai sampai depan sekolah...
Tengok kerete penuh dr masjid sampai ke parking lot...
Ah sudahhh...
Kompom lama...

Macam biasa la...
Kema semak dulu nama anak kat senarai yang disediakan tu
Bapak besar papan putih tu ha...
Nama dari darjah 1 sampai darjah 6 kat situ.

Tahun ni si abang darjah 4, 
adik mok darjah 2 lagi
Hadehhahaha..

Meriah sikit la tahun ni...
Ada buka gerai jualan..
Ada jual makanan...
Minuman...
Kismis jampi...
Soft toy pun ada...


Mula-mula uruskan buku adik mok dulu
Dapat nombor 15
Tunggu la Mama Yan sambil menaip entry ni...

SAKJ atau Sekolah Agama Kerajaan Johor ni memang ada kat Johor je
Sebab sekolah ni bawah kendalian Majlis Agama Islam Johor
Alhamdulillah...
Bagus dengan adanya sekolah macam ni...

Sekolah agama atau budak Johor panggil Sogama (sogame)
Siap ada exam akhir tahun yang mana...
Kalau tak pass exam,
Tahun depan kena repeat darjah yang sama
Macam anak Mama Yan yang no 2 ni la...
Its ok...
Asalkan nak datang sekolah dah cukup.
Setiap manusia punyai otak yang berbeza beza

Menunggu keputusan peperiksaan sekolah agama memang sesuatu yang amat mendebarkan ibu bapa
Takut tak naik kelas.
Bukan apa...
Kalau sekolah kebangsaan, tahap 2 balik lambat.
Tapi sekolah agama masih tahap 1 susah sikit la nak urus masa
Sebabnya,
Sekolah agama darjah 123 masuk pukul 2 habis pukul 3.30.
Kalau sekolah pagi dah darjah 4,
Balik sekolah pukul 1.40...
Tak sempat apa...

Kembali ke siaran langsung hari ini.
Selesai beli buku Dik Mok pukul 10.15
Sambung beli buku abang pulak.
Nombor 37...sekarang baru nombor 25.
Hahahahadoiii...
 Lama lagi nak menunggu ni.


Mujurlah beli buku tahun ni dapat non woven bag.
Tunggu lama pun takpe...
Terubat hati...
Lagipun Sekolah dah susun kelas kelas dan guru bertugas utk urusan pembelian buku...
Takde la beratur panjang2 kat koridor kelas..
Berpanas panas...
Semua ibu bapa duduk selesa dalam kelas
Ada kerusi..ada kipas...
Dan ada sistem nombor...
Bolehla Mama Yan tulis entry panjang panjang sikit hari ni...
Tapi mohon abaikan typo yang ada...
Jejari gumuks ni dah lama tak beraksi...
Hihihi...

Dah panjang sangat ni rasanya...
Dah naik juling dah ni...
Ok lah...
See you next entry...
Wassalam



No comments:

Post a Comment

terima kasih la weiii...

Post Terhangat