Friday, December 28, 2018

Urap, keluban atau kerabu?


Masa kecik kecik dulu...
Mama Yan tak makan sayur...
Start makan beberapa jenis sayur masa duduk asrama sekolah masa tingkatan empat.
Lepas kahwin barulah ada kepelbagaian sikit dalam pilihan sayur
Menu pun bertukar tukar rupa sikit la.

Tapi..
Sayur dalam gambar ni...
Mama Yan jumpa lepas dah kahwin...
Ada yang panggil urap...
Ada yg panggil keluban...
Dan ramai juga yg panggil kerabu...

Mak mertua MY cerita...
Masa dia kecik kecik dulu..
Maknya akan buat nasi keluban ni bila sambut hari lahir..
Tradisi sambut birthday dengan nasi keluban ni..
Diteruskan bila sambut birthday anak anaknya pula.
Nasi putih dihidangkan dengan ikan bilis goreng + telur rebus + keluban ni.

Masa mula mula kahwin tak suka sangat makan lauk macam ni...
Lepas 10 tahun...
Ok la...tekak dah mula dapat terima dah...
Tapi tetap la tak rajin nak masak sendiri...
Leceh..
Nak hiris satu...satu...
Nak celur satu...satu...satu...
Alah malasnyaaa....
Penambah perisa yang wajibul ghunnah dalam resepi ni adalah
Cekur atau kencur.
Walaupun sekadar penambah perisa...
Tp kalau takde...
Tak cukup kick la katanya...

Jom kita tengok resepi makanan tradisi wong jowo ni..

BAHAN-BAHAN:-

Setengah biji kelapa parut. - Yang putih lawa aje tau.
1 ikat kangkung - potong dan celur
  2 genggam besar taugeh - basuh bersih
 3 - 4 urat kacang panjang - patah2kan & celur
 1 cekak pucuk ubi - celur daunnya dan gunting. 
(Kalau tak.nnt dia bergumpal) 
Masa celur taruk garam sikit tau...
Supaya warnanya kekal cantik.
Celur jgn lama sangat...kejap je...half cook giteww

 **Tumbuk halus:-
 15 biji padi @ ikut kepedasan yang diingini
 8 biji bawang siam kecil
  4 ulas bawang putih 
setengah genggam ikan bilis goreng
 1 ruas kencur  / cekur

Cara cara membuatnya:~

Tumis bahan bahan yang telah ditumbuk halus tadi dengan sedikit minyak sampai naik bau..

Lepas tu,
Masukkan kelapa parut.
Koseng-koseng kelapa parut tu sampai sebati dengan bahan tumis tadi.
Masa koseng2 ni la masukkan garam, gula & penambah perisa.

Bila dah sebati tu,
Cuba rasa masin manisnya.
Kemudian, 
Masukkan semua sayur sayur dan gaul sebati dengan api kecil.
Dah sebati sayur sayur semua tu dengan kelapa
Tutup api dan pindahkan dalam mangkuk cantik terus.
Jangan biar dalam kuali panas tu...
Nanti overcook pula.

Lepas tu, 
Dah boleh ambil gambar lawa lawa untuk letak dlm group wasap.
"Mak, saya dah pandai masak keluban"







2 comments:

Misz-ella Ismail said...

Kita panggil Kerabu. Feveret kita ni

aryan azra said...

menarik nampaknya, saya suka juga makan kerabu nih

Post Terhangat