Thursday, October 17, 2019

Sham Visa Gegar Vaganza 6

Pergghh...lain betul rupa Sham Visa dalam GV6..
Nampak lebih matang dengan penampilan baru...
Jauh betul dengan rupa zaman muda mudi dulu...

Yelah...
dulu nampak punyalah jambu...
sekarang...
nampak lebih maskulin.
Faktor usia dan kerjaya agaknya...

Kalau dah kerja nya berpanas berhujan kat pelantar minyak,
memang hilang la rupa jambu tu...

Selain menyanyi...
Populariti Sham juga digunapakai untuk menarik penonton ke panggung wayang..


Gambar dari filem Debu Debu Kasih

Filem Debu Debu Kasih ni...
kontroversi jugak la dulu..
Apa taknya...
Poster filem tu gambar Sham angkat Aida Aris kat air terjun...
Dengan Aida Aris pakai baju warna putih..
Tapi cerita tu tak best pun...
Nasib baik tak tengok wayang...
Tunggu je keluar TV masa raya..
hahaha

Selain dari Fielm Debu debu Kasih,
Sham pernah juga jadi watak undangan dalam Filem Putera 
Filem Putera ni lakonan Joe Wings, Erma Fatima, Eddie Wings, Vanida Imran dll..
Masa tu Sham jadi penyanyi gantian kononnya penyanyi asal tak dapat datang...
Padahal penyanyi asal,
tengah shooting Filem Sembilu 2.
Tapi Joe Wings pun not bad what...

Walaupun tak minat sangat suara Sham,
Tapi...selamat berjaya jugaklah untuk Sham Visa dalam GV6...
ada juga wakil rock kapak tahun ni...




7 comments:

Sheila Arshad said...

ni dah ala2 pelakon hollywood lagi tua lagi menarikss tertarik.

tp ammi tetiba tersuka jugak kat budak naqiu tu..sedap rupanya suara dia dah besar.

Mrs. A said...

Tu la pasal memang ada rupa Tony Stark kan ngeh! ngeh! ngeh!

Warisan Petani said...

Tak dan tonton GV6 yang pertama

ShirVen said...

aah kan, lain bebeno dah rupa sekarang, makin ensem :) hari tu kat FB ada tengok org samakan dgn pelakon iron man. sgt suka lagu dia dgn Visa, Dalam gerimis

Sunah Sakura said...

hensem skang...macam tony stark..hehehee

Fiza Rahman said...

Makin berumur makin handsome gittew. Tak berkesempatan lagi nak tengok GV. Asyik terlepas je.. huhu..

Sha Mohamed said...

Nampak lebih handsome bila dah berusia.. terserlah kematangannya.. hehehe

Klik! Klik!

Post Terhangat