Monday, August 26, 2019

Bihun Singapura & Bihun Sup Utara

Agak lama dah tak upload entry kat blog..
Last Hari Khamis minggu lepas...
Alamak..
tak berjaya la azam nak upload seminggu 10 entry..
hihihi...
Bahan ada banyak..
Tapi Mood menulis lari jauh..
Semput MY nak kejar...

Oh ya..
ni first time jumpa Bihun Singapura versi berkuah...
Selalu, bihun Singapura dirujuk pada bihun goreng putih...
Tapi ni..
masa Mama Yan nak makan, 
Orang tu kata ni resepi original dari Singapura,
Bihun Singapura memang ada kuah taucu...
Oklah..
Mama Yan try..


Close up sikit...
Ada kuah taucu..
Ada dua hiris tahu..
Ada telur rebus separuh...
Kuah dia tak banyak,
Ngam ngam je dengan bihunnya..

Rasa dia...Boleh tahan...
eh..sebenarnya tak boleh tahan..
Hari tu rasa nak repeat..
Datang lagi..
aikkk...
Takde...hari tu diorang bihun bihun sup Utara la pulak
Hmmm....
Dah sampai...utara pun utara la...
Ooo...
Gini ye rupa bihun sup utara...
Maklumlah...
Tak pernah sampai utara...
Hihihi...

Mama Yan makan ni dekat Restoran Lesung Ibu Mak Jah kat Taman Universiti,
Restoran ni buka agak baru juga,
Walaupun Mak Jah ni memang otai cafe kat JB...
Restoran ni,
Sebaris dengan SDS Taman Universiti, Skudai, Johor.

Masa dahulu kalanya,
Kira kira 17 tahun dahulu,
Sebelum wujudnya Jusco,
Di sini terletaknya pasaraya Bersatu Jaya...
Di situlah tempat budak budak UTM shopping barang keperluan harian...
Ok...jom pergi repeat bihun singapura lagi esok...
Tak tau ada ke takde..
Esok nak tanya orang kedai tu...
Hari apa dia buat bihun Singapura...
Sepertinya mengidam gitu...
Hihihi






10 comments:

Suria Amanda said...

Teringin nak makan bihun sup utara..x tau la kat Sungai Buloh ni mana nak cari...

Sunah Sakura said...

pestime gak ni kak yan, tengok bihun singapore berkuah gitu..sedap sangat la tu sampai nak repeat lagi!

bihun sup utara memang gitu, kaler bihunnya kuning...itu yang penting! haha

Warisan Petani said...

Yang singapore tu nampak sedap

norhidana said...

buat kecur je lah yan nih... tp mmg mehun singapura yg betul2 sebenarnya yg jenis mcmtu, ada kuah taucu... yg mehun putih tu pun kira jgk tp tak original lah gitu

Haulia Razali said...

Wah menarik nampak ada sup lagi, boleh la pegi try nih. Tq sharing :)

Mia Liana said...

belum pernah rasa lagi.. yang versi singapore punya...

apek said...

sedapnya. Rasa nak cuba mihun singapura ni.

adianiez AIDA said...

terkenang time aida buat makan2 kat umah ari tu.
kakak buat mihun spore.
then aida plak buat laksa nyonya mihun.
tetiba mihun aida abis. da tgh mlm, rancak org makan.
bertambah-tambah.
adik ipar amik jer mihun spore tu, buat gaya gitu dgn kuah laksa nyonya tu, yan.
dia kata, kat kampung dia makan gitu.

mamapp said...

Oo ini rupanya bihun Singapore Ori.. mama selalu Ingatkan yg putih tu

Sha Mohamed said...

Owh.. bihun singapore ada ye versi berkuah.. first time Sha tengok..

Klik! Klik!

Post Terhangat