Saturday, August 17, 2019

Throwbackvella : Pilih Lembu Korban


Mama Yan tak pernah sentuh lembu hidup sebelum ni...
So, masa pilih pilih lembu untuk korban ni la kali pertama dapat sentuh lembu..
Selama ni ingatkan lembu ni mengejar orang je...
Rupanya..
Lembu ni haiwan yang jinak dan manja..
Dia suka bila kita usap usap kepala dia..
Dia suka bila kita suakan makanan untuk dia atas tangan..
Lagi disua-suakan kepala dia kat kita...
Hahaha..






Kita letak gambar lembu hidup aje lah..
Lembu dah sembelih untuk korban kita takyah tunjuk kat media sosial lah..
Takde siapa dalam dunia ni suka dipertontonkan dalam keadaan dah tak sedarkan diri..
Walaupun MY ada ambil gambar hari tu,
Tapi bukan untuk tontonan umum,
gambar gambar masa sembelih dan lapah tu,
nanti cuci simpan dalam album buat kenangan aktiviti keluarga aje.

Lepas ni..kalau nak korban lagi..
Lembu kena pilih awal2..
Masa Mama Yan datang lagi dua hari nak korban,
Tinggal yang saiz kiut miut je..
Yang montel montel semua dah pakai rantai bernombor,
Tanda telah dibooking.

Alhamdulillah,
Ibadah korban Mama Yan dan keluarga telah pun selesai pada pagi Aidil Adha yang lalu,
Terima kasih jiran jiran sekampun yang banyak membantu..
Insyaallah,
kalau ada rezeki lagi tahun depan,
Kita buat lagi...



5 comments:

Shuhaida said...

Shu tak boleh tengok masa sembelihan, sedih. Jadi shu tunggu kat rumah xpun duduk jauh-jauh..hukhuk

AzianKhalil said...

Shuhaida - betul tu Shu... bukan semua orang mampu tengok. Sebab tu tak mahu kongsi di mana mana media sosial

Warisan Petani said...

Betul tu
Apatah lagi kalau lembu tu kita bela sendiri.

Sunah Sakura said...

alhamdulillah...moga ibadah diterima olehNya..ameen

saya pun tak suka orng yang share gambar lembu yang dah dikorbankan tu...ape motif nak share gambar macam tu..huhuhu

mamapp said...

Tak Penh lagi smpai sini.. best juga Tempat ni

Klik! Klik!

Post Terhangat