Percubaan Membuat Apam Eno

beberapa hari sebelum puasa tu..
Mama Yan teringin nak makan kuih apam eno..
so minta suami belikan mangkuk untuk apam tu...

basuh dulu mangkuk mangkuk kecil yang baru dibeli ni...lepastu, barulah boleh digunakan tanpa was was

Dah stand by mangkuk,
barulah kita google resepi dan hadap resepi ni selagi kuihnya tak siap.
Mama Yan guna 2 cawan nasi dan 4 cawan tepung beras.
Buat taknak sikit sikit pulak tu...
terus try banyak banyak...

ni bancuhan malam tu,
nasi dan air blender.
kendian campur tepung, gula dan mauripan... tapa sekurang kurangnya 4 jam

ni keesokan paginya,
dah ada buih buih tu...
maknanya sihat la tu.

kendian kukus. 

bila dah masak..ni la rupa dia..

okay...dah boleh post dekat Group Masak Apa Tak Jadi Hari ni.
takat nak lepas gian boleh la..
Nak jual, jangan dibuat,
tujuh keturunan orang ungkit apam tak berapa jadi ni...

Tekak ni tengah teringin kuih tepung pelita pulak...
hmmm...
semoga ada kerajinan...Aminn..
Wassalam




10 Comments

  1. Ini apam nasi kak, sbb boh yis bukan eno hahahah... tapi nengok rupa menjadi je...

    ReplyDelete
  2. kalo jadi, rupanya jadi apa..haha

    ReplyDelete
  3. rupa luaran je nampak macam jadi...tp rasa dia failed. ada 1 rasa yg pelik.

    ReplyDelete
  4. x apa. cubaan pertama. next time, pasti sedap!

    ReplyDelete
  5. Wahhh.. mesti sedap.

    semangat untuk frontliners kita. Semoga mereka terus bersemangat dan dipermudahkan segala urusan.

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  6. Kikiki, boleh masuk grup masak apa tak jadi hari nišŸ˜†

    ReplyDelete
  7. xpe.
    boleh try lagi, Yan.
    jgn putus asa...

    ReplyDelete
  8. Wah.. semangat mama yan cuba.. takpe nanti cuba lagi mesti jadi..

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...