PKP : Jom Tanam Pisang

Musim musim PKP ni..
Boleh buat apa je kan...
Nak nak terperangkap kat kampung macam Mama Yan sekeluarga ni...
Jadi, kita tanam pisang aje lah..

Boleh ke pergi kebun musim² PKP ni...
Kira bolehla...
Tanam pisang kot..
Rantaian makanan...
Kalau semua orang duduk dalam rumah,
Tak bercucuk tanam langsung,
Negara kita akan berdepan dengan masalah kekurangan makanan dalam masa beberapa bulan lagi...

Amacam?
Ada rupa petani moden?
Not so modern la...
Tak mampu...
Lagipun semua hardware tutup..
Mana gaya nak beli barang...

Haa...pisang dah mula keluar pucuk...
Satu perkembangan yg baik...
Tapi,
Sejak sebulan lepas...
Naru sekali je hujan.
Air tong pun dah nak habis...
Nak angkut air kat sungai,
 Bawa kereta Starex la pulak,
Kalau bawa 4wd,
Memang angkut air dari sungai dekat situ.

Tapi macam biasa la kan...
Dari 300 anak pisang yang ditanam...
Yang jadi penyambung hayat haiwan lain di hutan tak tahu berapa peratus.
Contohnya gambar di bawah ni...
Tergolek golek anak pisang keluar dari lubang.
Bukan semua anak pisang tu dimakan dek binatang kerbau pendek tu,
Ada yang dia korek makan,
Ada yg dia korek tinggal,
Ada yg dia ngap separuh,
Frust la juga...
Sebab kami dah pagar guna jaring hitam tu...
Tapi...
Selamba je menatang tu koyakkan...
Kawad berduri tu pulak,..
Melendut...
Adoih laaa....
Bijak rupanya menatang kinjir ni.


Oh ye..
Mama Yan sebenarnya tak makan pisang masak...
Hahaha...
Tekak ni tak dapat terima buah buahan yang lembik² ni...
Tapi kalau kerepek pisang...
Jangan cakap...
Satu telap sorang pun boleh habis...
Hahaha..
Tak semenggah perangainya kann...
Memilih tahap dewataraya.

Semoga pokok pokok pisang Mama Yan tanam dengan suami ni membuahkan hasil yang lazat, berzat dan berkat kepada kami...
Aminnn...






9 Comments

  1. Rajinnya Yan..... Kalau setakat berdua dlm kebun tu insyaallah tak kena tangkap polis...pas pas...
    Yelahkan... bijak rupanya depa ni. Demi kelangsungan hidup katanya.

    ReplyDelete
  2. Mudah2an tanaman pisang membesar dengan subur dan selamat.
    Buat pagar pakai ayat kusri.

    ReplyDelete
  3. Berkebun pulak ya...bagus Yan.
    Time gini mmg sektor pertanian/penternakan yang tak mati dan diperlukan.

    moga berjaya usaha Yan.

    ReplyDelete
  4. Laa.. terperangkap kat kg rupa2nya..
    Patut la mcm senyap je sejak PKP.

    Sama lah Akak pun Yan..tak pandai makan pisang mentah.. tapi pisang goreng suka sgt.

    ReplyDelete
  5. kak ana pun duk berkebun masa PKP ni dengan semaian bayam brasil, kangkung, sawi dan benih cili dengan suami hehe :) kak ana follow sini 269 :)

    ReplyDelete
  6. adeiii...kechiwa kalo nengok anak pisang tergolek keluar tu...apo la kinjir ni ekk..lupa pulak tips peladang kat desaru ri tu cane nak ubah perhatian kinjir dari tanaman..kalo ingat, nanti kita share kat akak..

    ReplyDelete
  7. bestnya da tanah nak menanam pokok besar macamni. Frust jugak tengok gambar anak pisang tergolek keluar tu hmmm

    ReplyDelete
  8. Bestnya bertani.
    Dugaan awal ni mama yan, Insha Allah ke depan nanti ada hasilnya. Dun gibab :)

    Selamat menyambut Ramadhan buat mama yan sekeluarga.

    ReplyDelete
  9. Bila dpt Hasil tentu berbauar semua kesusahan.. Tak sabar tunggu hasil

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...