Resepi Spageti Cheese & Herbs

Ni sebenarnya masak masa nak buka puasa bulan Ramadan yang lalu..
Tapi punya lah sibuk sampai tak sempat sempat nak up story dalam blog.
Memang lemau habis..
Ni dah habis raya...
dah boleh kembali rancak menulis patutnya...

Bahan bahan:
Spageti sebungkus
1 tin kecil sos spageti Prego perisa keju & herba
1 paket serbuk sup ayam Campbells
Setengah labu bawang putih
Minyak zaitun untuk menumis
Setengah batang lobak merah di potong memanjang
18 ekor udang ( sukahati sebenarnya nak letak berapa)
5 batang sosej - rebus dan potong-potong


cara-cara memasak spageti :

Mula mula rebus dulu spageti tu.
Ikut arahan pada pembungkus spageti ya.
lain jenama, lain saiz, lain masa yang diambil.
Yang kasar ni dalam 11 - 12 minit kot.
Masa air rebusan dah mendidih,
taruk garam sikit. Lepas tu,
Masukkanla Spageti tu dalam periuk yang berisi air mendidih. 


Lepas dah angkat dan toskan spageti,
taruk la dalam dua sudu minyak zaitun kat spegeti tu dan kacau kacau supaya beliau tidak melekat antara satu sama lain. 

Tumiskan bawang putih dengan menggunakan minyak zaitun.
Orang cincang cincang je bawang putih ni..
Tapi MY tumbuk terus.
Letih tengok anak anak asingkan bawang cincang tu nanti

kemudian, masukkan pula lobak merah ke dalam tumisan bawang putih tadi.
Korang kan..
Kalau suka sayur,
boleh la tambah sayur lain lagi kot,
brokoli ke... capsicum ke..
Tapi jangan la taruk pucuk ubi pula..macam tak berapa kena padanannya.
MY letak carrot aje sebab ni ajalah satu satunya sayur yang dimakan anak anak MY. 

Lepas tu, MY taruk pula serbuk sup Cambell tu,
Then tambah air sikit.
Kalau boleh guna air rebus spageti tadi tu,
Tapi MY terlupa dan dah tertuang semua air rebusan tu dalam sinki..hehehe

Lepas tu masukkan pulak udang yang telah dibuang kulit.
Tujuan nya supaya anak anak senang nak makan taknpa mencomotkan meja, kerusi, muka dan pakaian.

Masak udang takyah lama lama..
asal masak aje sudah...

Lepas tu barulah MY tuangkan sos prego yang keju & herba punya..
Jangan tertinggal pula masukkan sosej...hahaha

Last sekali...
Masukkan spageti ke dalam kuali dan sedia untuk dihidang.
Memang sedap dihidang panas panas...
Nak buat buka puasa pun memang sedap sangat..
Kalau kita orang dewasa ni nak pedas sikit..
Boleh la tabur chilli flakes.
Tapi ni memang menu buka puasa anak anak.
Biasa kalau hari yang menunya spageti,
Mama Yan akan kirim nasi beriani kat suami.
sebab suami MY memang tak suka spageti,
dia kata spageti tu mi kejung, tak resap bumbu..hahaha
Iyerr...lain orang lain selera,
kita hormati aje satu sama lain...



 

2 Comments

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)