Sampul raya 2022 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, May 10, 2022

Sampul raya 2022

fuhh...lama tak post entry dalam blog ni.
entry semua bersidai dalam folder draft..
agak agak tak jadi tulis nanti,
delete aje..
Kalau jadi, bila bila free nanti,
MY sambung menulis.

Sampul ni MY order sebelum raya hari tu...
dah seminggu raya...
baru la ada masa nak menulis pasal sampul raya ni.


Orang semua dah sibuk sibuk up jumlah kutipan duit raya anak,
kita baru nak tayang sampul raya kosong.
hahaha...

Yang ni dah berisi..
Tak habis pun guna...
sebab ada anak anak buah yang dah dapat sebelum raya,
sebelum sampul ni siap.
untuk makcik makcik dan adik beradik yang layak,
tak guna sampul ni..
Takut kes tertukar... naya...

 

Mama Yan order kat page FB Master Printing Johor.
Klik je whatsapp dorang.
Masa MY whatsapp dorang,
dah pukul 11 malam,
tapi tetap dilayan dengan baik.
Ingatkan dorang akan reply esoknya..
Tapi tak..
terus reply..
Manual ya..
bukan robot sila tunggu sebentar lagi.
kemudian dia bagi link telegram untuk pilih template sampul raya...
banyak gila design...
sampai juling mata memilih.
edit tambah nama dan logo syarikat tu percuma..
dah masuk dalam harga sampul...

MY juga share dengan staf kat opis sampul ni..
segan juga mulanya...
sebab kertas dia biasa biasa je,
bukan emboss... bukan tebal, cantik lawa...
tapi takpelah...
huduh pun...
MY ikhlas berkongsi...

tapi dalam kad raya MY tak letak sampul duit raya,
sebab takut mencurigakan...hehehe...
So,
siapa nak duit raya dalam sampul raya kompeni kecik kami..
jemputla datang ke rumah...
hehehe...
wassalamm


6 comments:

  1. Okey pm alamat rumah..hahaha...bestnya tempah sampul raya sendiri

    ReplyDelete
  2. wauu macam bnyaknya duit raya hihi
    https://rasyidahsheresimpleblog.blogspot.com/2022/04/e-card-hari-raya-by-rasyidahsheresimple.html

    hai! jom join ga raya syidah last 14/5/2022 ini hehe

    ReplyDelete
  3. Cantik pada pandangan mata PH :)
    Selamat Hari Raya MY...

    ReplyDelete
  4. Lawa dah tu Yan, seronok dapat print sampul raya untuk syarikat sendiri.

    ReplyDelete
  5. comel sampul tu, suka warnanya. selamat hari raya MY

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad