9th Birthday Aril

Alhamdulillah..  hari ni genap 9 tahun umur Aril. 
nasib baik tak terlupa hari jadi dia tadi... 
Dah tengahari baru teringat. 
terus whatsapp ayah dia minta beli kek Aril malam nanti. 

birthday umur 4 tahun. Masa tu minat betul dia dengan Doraemon. Tapi kenapa lilin 3 aje??

Kat klinik kesihatan masa birthday yang ke 3. 

Sambutan birthday yang ke dua tahun. selang beberapa hari je dengan sepupu dia... Sambut sama sama kat kampung

Ni masa umur 3 bulan rasanya, montel sampai berpetak muka.


Punyalah takde entry dan takde idea nak menulis,
letak ajelah gambar gambar lama anak...hahaha...

Dengan ulangtahun kelahiran Aril ni,
maknanya... dah 9 tahun la Mama Yan berhenti kerja.
Dah lama rupanya tak makan gaji..
EPF ada sikit je...
Mama Yan mula berhenti kerja lepas Aril lahir.
Masa tu Aril ada masalah penghadaman perut.
Perut dia tak boleh digest susu formula.
Kami pula tak jumpa pengasuh yang sanggup handle susu ibu...
Terpaksalah MY melepaskan peluang kerja demi anak...
Takpelah..
rezeki anak tu ada.
Yakin dan sabar..
ye dak...

Semoga Aril berjaya dalam apa jua bidang yang diminati dan menjadi anak yang berguna pada masa hadapan...insyaAllah...

4 Comments

  1. Selamat hari lahir, Aril. Semoga bila dewasa nanti kamu dapat berbakti kepada keluarga dan negara pastinya.

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir Aril..semoga menjadi anak yang soleh ,sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah..Aamiin..

    ReplyDelete
  3. Comel pulak tengok kek. Selamat Hari Lahir.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)