happy 17th anniversary to us - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, July 2, 2022

happy 17th anniversary to us

Semalam, 1 hb Julai 2022 ulang tahun perkahwinan MY dan suami yang ke 17. Tapi takde sambut sambut la sebab suami tak berapa sihat. Kelmarin, suami demam sampai menggigil satu badan. Semalan dah elok sikit nampaknya. 

Jadi, sebab suami demam, tak ke mana mana lah kami semalam. Dah ada dalam plan nak bawa anak anak tengok wayang dan makan makan... tapi, ayahnya tk sihat, tak jadi la semua plan. 

Malam tadi, suami MY keluar kejap, rupanya pergi beli kek kat Baker's Cottage. Adehh... alahai... dah tak sihat tu, takde lah kita nak minta apa apa... lagipun, kita ni malas nak makan manis manis sangat ni..  zaman makan manis dah berlalu dah...


Baker's Cottage patut bagi latihan menulis atas kek kat staf diorang. Boleh rosak nilai estetika kek tu dibuat tulisan huduh budak ni...hahaha.... kita bayar untuk dapatkan hasil yang memuaskan, bukan kita bayar untuk jadi tempat korang asah kemahiran. Kalau kompeni tak provide latihan, berlatih lah sendiri. Takpelah..huduh huduh pun nak potong dan makan juga akhirnya. Patutlah ramai orang sanggup bayar harga yang mahal untuk kek. Ni kalau dah rupa ini, nak upload kat instagram pun segan. Tapi upload kat blog tak segan. 

Apapun, terima kasih kat suami... demam demam pun keluar juga cari sesuatu untuk buat kenangan di hari ulangtahun kami berdua. Tapi takde gambar suwit muwit lah...sebab kek dah cukup manis dah... malas nak tambah kemanisan lagi..habis kami anak beranak kena hurung semut nanti. 


13 comments:

  1. Happy anniversary, MY. Betullah tu, kita bukan bayar utk mereka asah kemahiran. Sm

    ReplyDelete
  2. happy anniversary Azian dan suami, semoga kekal hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah kak. Tahniah. Semoga sampai syurga ya. Aamiin.

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary MY dan suami, moga kekal bahagia hingga ke Jannah. Suweet sungguh udah tak sihat pun belikan kek jugak, itulah simple bebeno dekonya pastu tulisan atas kek tu asal boleh je

    ReplyDelete
  5. Happy anniversary sis.. itula x cantik tulisan tu.. sila improve

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah, Tahniah Yan.. moga terus bahagia till Jannah...

    ReplyDelete
  7. da betul da komen MY tu.
    mesti train sorang yg pandai tulis atas kek bila ada jual kek, kan.
    bikin sedddih bila tgk tulisan tu :) hi hi...

    moga indah2 saje ye dlm perkahwinan.
    till jannah :) in shaa Allah.

    ReplyDelete
  8. Happy Anniversary Yan dan suami.
    Kek tulisan tak cantik, boleh jadi sebahagian kenangan anniversary jugak nih..hihi

    ReplyDelete
  9. Happy 17th Anniversary buat MY dan suami!

    ReplyDelete
  10. Happy belated Anniversaty untuk akak dan suami. Tak sihat pun gagahkan diri juga kan. Harap dah sembuh la sekarang hehe

    ReplyDelete
  11. HAHAHA kak yannnn! Tergelak baca tulisan hodoh tu. Dia ingat tulis dalam buku hutang ke apa, tarikh besar gedabak cenggitu. Btw happy anniversary tauuuu

    ReplyDelete
  12. Happy Anniversary kak Yan and husband! Moga kekal bersama sampai bila bila dan terus bahagia ye..Amin... Sweet behtols lakimuuu...Hahhaa..

    Aduh, sabo jela ek tulisan begitu... Kena bgtau nanti next time ke sana...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad