Resipi kacang buncis dengan tempe - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, July 24, 2022

Resipi kacang buncis dengan tempe

resep buncis

Bahan - bahan :

1 ikat kacang buncis dihiris serong
2 keping tempe dipotong kecil
2 hati ayam dipotong kecil
2 ulas bawang merah kecil -  hiris
2 ulas bawang putih - hiris
3 tangkai cili hijau = hiris
garam
sos tiram
serbuk kunyit
suku cawan air

Cara cara membuatnya:

1. Mula mula gaul hati ayam dengan serbuk kunyit. Kemudian, goreng hati ayam. Angkat, toskan minyak, dan ketepikan.

2. Lepas tu, goreng tempe pula. Jangan garing sangat. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.

3. Lepas tu, tumis bawang dan cili hijau dengan sedikit minyak. Pakai minyak goreng hati dan tempe tadi aje. Tapi kurangkan sikit la minyaknya. Takkan nak berkuah minyak pula. Karang jadi orang minyak pula.

4.Lepas bawang dah layu keperangan, masukkan kacang buncis dan air. Kacau sebati. Masukkan sedikit  garam dan sos tiram. Biarkan sehingga kacang buncis lembut. 

5. Masukkan tempe goreng dan hati ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. 

6. Tutup api, dan ceduk masuk dalam mangkuk.

7. Ambil gambar, upload kat IG..hahaha.. Yang ni option. Kalau nak buat boleh...Taknak buat pun halal.


Sebab takut takde idea nak tulis blog, lepas masak je kena ambil gambar.
Walaupun setakat masak lauk harian aje. 
Rasanya.. macam takde orang nak search kat google cara masak lauk kacang buncis..
Tapi takpelah..
Kat kot ada yang nak gi pasar pasar lepas ni, Bolehla beli kacang buncis ya...
Buat pedas pedas sikit.
Ngamm

 

4 comments:

  1. kalau uncle habiska tempe dulu! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah je...meratah tempe yang nak masuk dalam sayur..lepas tu habis. tak jadi masuk tempe...

      Delete
  2. Sebelum makan kena amek gambar dulu

    ReplyDelete
  3. Gandingan yang sangat ohsem.. Memang terbaik tempe dan kacang buncis..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad