Minions : The Rise of Gru - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, July 18, 2022

Minions : The Rise of Gru

 Dari hari Rabu lagi MY dah booking tiket untuk menonton wayang filem Minions ni. 
Sebenarnya, anak anak nak tengok filem Jurassic World.
3 minggu lepas,
kami berjalan jalan di Aeon Tebrau,
diorang semua nak tengok wayang cerita Jurassic World tu.
Tapi tiket tinggal malam aje,
esoknya sekolah pula.
Tak jadi tengok wayang masa tu. Janji nak pergi minggu depannya,
Tapi bila tiba masanya,
ayahnya tumbang demam teruk.
Minggu depannya lagi,
Raya haji pula...balik kampung. 
Postpone lagi nak bawa anak anak tengok wayang.



Sebagai mengubati kekecewaan tak dapat pergi 3 minggu lepas,
Jadi hujung minggu baru ni,
MY dan suami tunaikanlah janji nak bawa anak anak menonton wayang.
Cerita Minion: The Rise of Gru.
Walaupun anak anak nak tengok Jurassic World,
Tapi mama nak tengok Minion.
Jadi semualah kena ikut mamanya punya selera.
Mama kan tengkuk keluarga.
Lagipun..yang kecik kecik tu okay aje tengok Minion,
Yang tak suka Minion, yang dah bujang 2 orang tu dengan ayahnya.

Kebetulan adik ipar MY datang berkunjung membawa mak mentua sekali,
Makanya, kami pergi ramai ramai menonton di TGV Bukit Indah.
3 generasi..
nenek - anak - cucu
Kos tiket : 7 dewasa x RM22,
6 kanak-kanak x RM9,
Kanak kanak tu yang berusia 12 tahun ke bawah...
Jadi abang dengan Mok dah harga tiket dewasa.
ramai anak, besar belanjanya.. dan insyaAllah besar juga rezekinya.


Tajuk Filem : Minions: The Rise of Gru
Produksi filem : Universal Pictures & Illumination Entertainment
Pengarah : Kyle Balda 
Tarikh mula tayangan : 30 June 2022 (Malaysia)
Tempoh Tayangan : 90 minit

Filem kali ni tentang Minions dan mini bos mereka, Gru semasa kecil. 
Gru sangat meminati sekumpulan super villain yang menamakan diri mereka Vicious 6. 
Selepas Vicious Six mengkhianati ketua mereka Wild Knuckles,
mereka mencari seorang lagi villain untuk menggantikan kekosangan yang tempat dalam kumpulan itu.
Gru terpilih untuk menghadiri temuduga Vicious Six.


Semasa temuduga, 
Gru telah mencuri Zodiac Rock yang telah ahli Vicious Six rampas dari Wild Knuckles.
Bermulalah episod pencarian Zodiac Rock oleh Wild Knuckles, dan ahli Vicious Six sendiri.

ahli vicious 6.
dari kiri : Stronghold, Belle Bottom, Wild Knuckles, Jean Clawed, Svengeance, Nunchuck

Akhirnya, pengasas Vicious 6, Wild Knuckles tu, take team dengan Gru, Doktor Nefario dan Minions'
Tapi sebenarnya,
MY tak dapat nak hayati betul betul pun cerita ni.
Mijan asyik meragam.
Turun naik tangga,
lompat seat sana sini.
Ke depan ke belakang.
Aduhhh...
Jenuh minta maaf kat orang dalam tu.
Mesti diaorang rasa terganggu dengan Mijan. 
Mujur tak penuh hall pun.
Separuh pun tak sampai.

Lepas ni lambat lagilah nak tengok wayang bawa anak anak semua.
Ni kartun favourite dia.
Kalau tengok mat kilau?
Mau mak dia yang bersilat dalam panggung wayang tu.


Puas hati masing masing dapat tengok wayang walaupun bukan Jurassic World, 
Tapi tengok sakan je diorang gelak ketawa dalam tu

Atok dengan cucu perempuan...
Yang atas² ramai cucu perempuan, semua dah dewasa.
Yang kecik2 ni ramai cucu cicit lelaki

Cipta kenangan yang indah indah je...
Kita tak tahu sampai mana usia kita...
Siapa akan pergi dulu..
Siapa yang akan ditinggalkan...
Sekurang kurangnya...
Kalau kita pergi dulu...
Diingati dalam doa pun jadilah.










 

5 comments:

  1. Mahal tiket wayang sekarang. Kalau remaja nak dating pastu tengok wayang, kena fikir dua tiga kali juga kan. Huhu

    ReplyDelete
  2. Tercapai hajat diorg tengok wayang :)

    ReplyDelete
  3. Kita geram tengok patung minions kat mcd. Padahal bukanlah ikut sgt minions ni, cuma tengok dia cute, hehe.

    ReplyDelete
  4. Haah cipta kenangan.
    Saya kurang sedikit Minions sebab mereka ini nakal. Pernah tengok filem Minions yang sebelum ini yang ada suara Sandra Bullocks.

    ReplyDelete
  5. Finally dapat juga mengubati kekecewaan. Seronoklah masing masing dapat tengok wayang. Comel kartun minions ni. Anak buah pun suka, asyik suruh beli McD je sebab nak minion. huhu...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad