Mini BBQ keluarga - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, February 12, 2023

Mini BBQ keluarga

Tiba tiba anak ajak main bakar bakar pulak dah...
Layan aje lah kan...
Masa dioarang bersama kita bukannya lama sangat. Nanti dorang dah besar, ada la kenangan untuk dikenang kenang. .

Nak bakar marsmellow katanya...
Okay... mama belikan marshmellownya la. Siap skewer lagi.
Iya iya aje kan..
Tak tau la makan ke tak makannya

Last last tak pakai pun skewer tu.
Pakai lidi sate je.
Ni tukang cucuk,
Dia tak makan pun marsmellow nya.

Set up khemah bagai la.
Konon nak tidur dalam khemah.
Plan asal ayahnya tidur khemah besar dengan Ucid & Aril.
Mamanya dengan Sarah tidur khemah kecil,
Tapi ayahnya kena gegata pula.
Tak jadi tidur dalam khemah.
MY suruh tidur kat bilik.
Dalam pukul 12.30 malam macam tu,
Dengar Ucid dengan Aril bercakap cakap.
Bila tanya kenapa tak tidur?
Ucid tak boleh tidur katanya...
Jomlah kita masuk rumah tidur kat bilik.
Elok elok boleh tidur atas tilam empuk,
Nak tidur dalam khemah.
Hahaha...
Kita layan aje.  
Selagi tak dilayan,
Selagi tulah nya meratib tak habis habis.
Tak sampai berapa jam sangat pun,
Dah nak masuk rumah semula.

Ayam ni Mama Yan beli bahagian whole leg dalam 8 ketul.
Kemudian buat perapan nya sendiri.

Bahan bahan:
8 ketul Ayam whole leg
2 biji bawang merah - kisar
6 ulas bawang putih - kisar
I inci halia - kisar
1 batang serai - kisar
2 inci halia - kisar
2 sudu sos Lada hitam 
1 camca penambah perisa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara cara pembuatan :
Kisar semua bahan bahan.
Gaulkan dengan ayam.
Perap dalam peti ais.

Mama Yan juga ada beli 2 keping shoulder lamb.
Kerja membakar malam tu dijayakan oleh abang.
Tapi awal awal lagi dah cakap kat mama jangan letak gambar dia dalam mana mana media sosial.
Dah besar kan... begitula...
Dah tak suka ambil gambar.


Boleh la...kat luar rentung sikit, tapi kat dalam ok..
Harap harap lepas ni dah tak minta tidur dalam khemah lagi la... 
Tak kuasa MY nak downgrade tilam empuk dan kipas kepada alas nipis khemah tu...
Kalau orang single mingle, 
Ataupun anak dua tiga orang,
Sesuailah kot nak nak bercamping camping ni. 
Ni anak bersusun susun...
Nak balik kampung pun penuh kereta.
Kalau nak berkhemah khemah,
Haruslah kena pinjam lori syarikat nak bawa khemahnya, periuk, belanganya..
Ambil feel kat laman rumah pun jadilah ye anak anak...

 






5 comments:

  1. ala tapi comelllll siap berkhemah tuu..maybe next time kene letak toto berlapis tebal2 lagi bagi tak rasa sangat tanahnya haha...

    ReplyDelete
  2. Teringat masa anak kecik2 dulu. Nak tidur dalam khemah di luar rumah. Pukul 8 malam semua masuk rumah, tidur di bilik.

    ReplyDelete
  3. Kita yg anak sorang ni pun tak kuasa nak berkhemah2. Yang pergi berkelah aje pun rasa nak pengsan siapkan barang2 nak bawa, hihi.

    ReplyDelete
  4. nak ko suasano jah... best main bakar-bakar tu , mujurla berkemah kt tepi rumah je kalau jauh camno tu bila rasa nak balik dah tengah malam kang

    ReplyDelete
  5. abg mmg tak nak dikenal dlm blog mama dia. haha. comelnya khemah

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad