Sambal Nasi Lemak - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, February 15, 2023

Sambal Nasi Lemak

Begitulah konten seorang surirumah ya..
masak masak...makan makan... anak anak...Pokok pokok...  
Itu ajelah yang Mama Yan mampu tulis.
Nak selalu tulis pasal masak masak pun,
Mama Yan masak benda yang sama aje pun.
bukannya reti masak sangat pun.
hahaha...

Okaylah..
Hari ni nak tulis pasal sambal nasi lemak beberapa minggu yang lalu.
Asyik takde mood aje nak mengarang.
Hari ni paksa diri...
Sebab entry tak siap folder draft dah semakin membiak jumlahnya.

Sambal nasi lemak ni,
Lain tempat, lain resipinya. 
Ni cara keluarga Encik Sulaiman dan Puan Azian.
Kalau ikut resipi family Encik Khalil, memang tak sama macam ni.
Tapi sebab kita ni isteri,
Ikutlah tekak dan selera suami.
Selera cik puan isteri sekarang buffet buffet hotel aje...
Hahahaha...


Resipi Sambal Nasi Lemak


1 biji bawang besar - hiris
2 biji bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 genggam ikan bilis - kisar
15 tangkai Cili kering - kisar
Minyak untuk menumis 
2 inci gula kabung/ gula melaka
Garam secukup rasa
Ajinomoto
2 keping asam gelugur
Sehelai daun pandan jika suka

Cara menyediakannya:

Kisar 15 tangkai cili kering. Kalau nak pedas, tambah la dalam 20 tangkai. Tapi kan, cili kering ni ada banyak jenis. Ada yang super pedas, ada yang kurang pedas, ada yang tak pedas sangat. Ikut suka selera kita lah nak pedas mana. Ketepikan dulu cili kisarnya.

Hiris sebiji bawang. Ketepikan.

Kemudian, kisar bawang merah, bawang putih, halia, dan ikan bilis.

Masukkan minyak ke dalam kuali. Masak sambal ni, minyak masak lena lebih sikit. Kalau tak, dia tak jadi, kalau terlebih, masa dah masak nanti kita boleh je sendukkan bahagian minyak tu buang.

Panaskan minyak dan tumis bawang hiris sampai layu. Ini adalah kerana MY tak suka bawang yang segar bugar.

Lepas bawang dah kelayuan kekeringan, masukkan pula bahan bahan yang telah dikisar. Kacau kacau sehingga airnya sedikit kering. 

Masukkan pula cili kering yang telah dikisar. Kerapkan kacau kacau. Takut hangit bahagian bawahnya.

Masukkan gula kabung atau gula melaka. Gula kabung ni abah Mama Yan yang bagi.
Kalau ada diabetes, taknak taruk gula pun takpe,
Tapi lain sikitlah warna dan rasanya.
Taruk garam, ajinomoto dan asam keping.
Kalau takde asam keping, pakai air asam jawa. Mana mana pun boleh. 

Kemudian letak daun pandan. Yang ni saja saja je... kalau taknak letak, takpe. Takde effect sangat pun.

Dah siap dah....
Sedia untuk dihidangkan.

Ya Rabbi...buruknya kuali...
Hahaha... tak malu pulak tu letak dalam blog.

Lain keluarga, lain cara masaknya.
Mama Yan ni pun bukannya pandai sangat masak. 
Main belasah aje.

Lepas tu masukkan cili kering yang telah dikisar.
Masak lagi sampai minyak timbul

Kalau takde gula kabung atau gula melaka, pakai gula pasir pun boleh.
Ni saja ngade ngade je...
Sebab abah bagi gula kabung, suruh buat kuih badak berendam,
Tapi anak anak tak suka sangat kuih muih yang berkukus ni,
Diorang suka kuih bergoreng.
Cerewet tahap 7 petala.

Saja je taruk daun pandan selai tu. 
Sebab pokok pandan tengah subur.
Sampai suami MY kerat buang separuh sebab taknak semak sangat.
Bukannya pakai buat sayur pun kan...
Buat bau bau dalam selai dua lai je.

Alhamdulillah..
Dah siap.
Jangan kata makan dengan nasi lemak,
Buat cicah dengan lempeng pun ngam teruk.

Lain pulak rupa pinggannya ya... takpelah...
Janji kenyang.




 

8 comments:

  1. kuali legend ni mama yan...kuali ni la yang buat masakan jadi sedap

    ReplyDelete
  2. Ooo... saya punya versi sambal pulak, ikan bilis tak kisar. Goreng garing. Last sekali masuk. Sedap sambal camni. Ada telor goreng pun, jadi, makan dengan nasi.

    ReplyDelete
  3. hahaha kuali mcm ni kalau masak mesti menjadi

    ReplyDelete
  4. Kuali lejen tu MY 🤩
    Gitulah kita Supersuri ni, cerita masak, anak² semua tu...dunia kita kan :D

    ReplyDelete
  5. penentu kesedapan nasi lemak bergantung pd sambalnya. kalau sambal sedap semua jd sedap walaupun kacang goreng hangit😁

    ReplyDelete
  6. 2 keping asam gelugor.. ada setengah org suka lagi masak kan huhuu.. sedap nasi lemak ni boleh buat weekend ni huhuu

    ReplyDelete
  7. Itulah yang uniknya dunia masakan. Tidak semua gunakan resipi yang sama untuk setiap keluarga.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad