Sarapan pagi - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, February 23, 2023

Sarapan pagi

Tak tahu apa nak tulis kadang kadang tu...
 rasa banyak sangat benda nak tulis,
Tapi ayat ayatnya tersekat taknak keluar.
Tu yang draft tinggal draft.
Lama lama delete ah,
dah basi..hahaha

Cerita pasal sarapan aje lah.
Ada sesetengah orang,
Mesti ambil sarapan pagi, 
kalau tak sarapan, menggigil tak boleh buat kerja.
ada sesetengah orang pula,
Tak boleh nak makan pagi-pagi sangat,
Tunggu pukul 11 pagi, 
terus one shot dengan makan tengah hari.
Breakfast + lunch = brunch katanya.
Ada juga yang memang skip breakfast, makan tengahari je terus.
Sebab amalkan IF.(Intermittent fasting)
Cara makan, waktu makan, pengambilan makanan setiap dari kita ni tak sama.
Kadang kadang, makan minum benda yang sama dan waktu yang sama pun,
tindak balas serta kadar metabolisme tubuh badan kita pula yang berbeza.

Macam MY,
MY memang jenis yang sarapan pagi.
Suami MY pula, dulu dulu dia memang tak biasa sarapan.
Kalau buat sarapan pun, dia suruh bungkuskan aje sebagai bekal.
Sekarang dah belajar ambil sarapan.
Sebabnya, 
asyik sakit perut la,
Pedih perut la..
Sakit dada la...
Sendawa non stop bagai...
Jadi memang kena makan ikut waktu.
Barulah kurang sikit gejala gejala di atas tu.

Lontong darat ni suami MY punya menu.
Dia suka lontong darat berbanding lontong berkuah.
Anak anak MY suka lontong dengan kuah lodeh tu.
Tapi kuah aje ye..
Sayur sayur dalam tu semua taknak.
Kentang + tempeh boleh la sikit sikit.
Lepas tu ada telur rebusnya. 
Menambah nambah la budak budak tu makan.
Sayurnya nanti mama dengan ayahnya la yang gigih ngabiskan.
Lama lama, letak sayur sikit je...
Kuah aje banyak berladung ladung.

Kalau kat rumah memang tak rajinlah nak buat lontong darat nih.
Dia punya serondeng dan sambal goreng tu memang leceh.
Serondeng tu tak boleh tinggal langsung.
Sentiasa nak godak.
Tinggal kejap hangit terus.
tunggulah kalau kalau Amway ada keluarkan mesin godak sambal atau serondeng.
Boleh la beli.
Ni keluarkan breadmaker.
Orang Jawa bukannya suka makan roti.



Ni menu sarapan Mama Yan.
Nasi lemak memang kegemaran tak kira pagi atau malam.
Memang selalu order nasi lemak untuk sarapan.
Tu sebablah banyak lemak.
Kena pulak ada paru sambal atau sambal sotong kembang tu.
Fuuhhh...
Memang licinlah.
Lupa nak pelawa suami kat depan.
Tapi masa ni,
takde sambal sotong,
takde sambal paru.
Ada paru goreng je,
Bolehlaaa...

begitulah kan... 
daripada takde cerita nak tulis,
Tak tau apa nak tulis,
dah dapat satu cerita...
wassalam

 

2 comments:

  1. Sedap menu sarapan MY. Ibu pun sama mood blog udah kelaut peginya. Haru btoi. Ibu jenis kena sarapan berat awal pagi sblm pkul 8 camtu dah mula pedih perut. Semua sebab ubat yg ibu makan. Ibu ada gastrik tak boleh perut kosong.

    ReplyDelete
  2. Rasanya mudah lagi nak buat Lontong Basah dari Lontong Darat. Bagus pulak anak2 MY suka makan LB, agaknya sebab dorg suka berkuah kot.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad