Comel Pipi Merah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, February 21, 2023

Comel Pipi Merah

Pemerah pipi atau blusher yang disapu rata ditulang pipi mampu menyerlahkan kecantikan dan keanggunan seseorang wanita. 
Jika memakai pemerah pipi, 
jangan terlalu terang sehingga wajah kelihatan seperti badut.
Mengaplikasikan pemerah pipi yang betul akan lebih mencantikkan wajah,
dan kita akan kelihatan cantik semula jadi. 

Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, 
beberapa tip berikut mungkin dapat membantu.
Semasa menyapu pemerah pipi, 
πŸ’“ JANGAN dioles terlalu rendah  daripada bahagian tulang pipi dan penghujung hidung. 
πŸ’“ JANGAN melebihi bahagian pelipis hingga ke sekitar telinga dan sisi dahi.
πŸ’“ Sapuan hendaklah pada sekitar tulang pipi sahaja 
πŸ’“JANGAN sapu terlalu dekat dengan bahagian tengah muka 
πŸ’“ JANGAN sapu sehingga bercantum dengan sudut sisi mata.
πŸ’“ JANGAN sapu pemerah pipi secara berlebihan atau kita akan kelihatan seperti badut
 



Mama Yan cuma ada 1 set blusher sahaja kerana tidak menggunakan mekap setiap hari.
Pakaipun sekadar samar samar sahaja.
cukup masa, expired. 
Buang.
Tak senonoh kan perangai.

4 comments:

  1. Sama kita MY. Sapu samar-samar jew.

    ReplyDelete
  2. paling x suka blusher...hahahaha...ntah la x tau kenapa x suka..

    ReplyDelete
  3. Iya…ada orang pakai terang sangat, memang macam badut pulak kita tengok πŸ˜„

    Kali terakhir akak pakai blusher…rasanya masa akak kawin.
    Memang tak rajin memakai apa-apa, lipstik pun kadang-kadang je. Suka masing-masing kan..

    ReplyDelete
  4. MA pakai pagi je...x sampai lunch dah hilang dah...he he he

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad