18th wedding anniversary - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, July 2, 2023

18th wedding anniversary

Semalam merupakan ulang tahun ke 18 perkahwinan MY dan suami.
Alhamdulillah...
Syukur kerana dikurniakan suami yang baik,
 keluarga mentua yang baik,
Anak anak yang baik,
Serta segala yang baik baik belaka.


Berulang-ulang kali suami tanya nak hadiah apa sempena ulang tahun perkahwinan.
Dan Mama Yan minta untuk tak dibelikan apa apa hadiah.
Cukuplah bawa Mama Yan dan anak anak makan di luar sebagai tanda meraikan.
Hadiah hadiah tu semua tak perlu.
Mama Yan bukan jenis yang suka kumpul beg tangan, jam, kasut atau barang kemas.
Jenis beli dan pakai sampai rosak,
Kemudian, baru beli lain.
Buat masa ni, takde yang perlu diganti.

Kami bercadang nak bawa anak anak makan di McDonalds AEON Mall Kulai,
Sampai AEON Kulai, 
Kaunter servis kata,
Sini takde restoran,
McDonalds sini cuma ada Kiosk aiskrim aje....
Hahaha... manalah tahu dalam AEON Kulai takde McDonalds.
Malas la nak keluar dari mall dan cari McD sebab masing-masing dah lapar.
Masuk KFC aje lah.
Ini yang senang, semua makan ayam

Walaupun tak dapat makan McDonalds yang dihajati,
KFC pun dah okay sangat.
Bersyukur dengan apa jua rezeki yang datang ya anak anak.
Walaupun pilihan kedua,
tetap habis tinggal tulang sahaja.
macam tu lah kan...
Anak anak tengah membesar.
Mama dan ayah,
makan ayam seketul pun dah cukup kenyang.

Lepas siap makan,
kami pun terus keluar bertolak ke Sedenak.
Nak pergi tengok ikan kat area Air Bemban tu.
Ha.. ikan ni cerita kat entry lain pula,
Wassalaamu..

6 comments:

  1. Tahniah MY dan suami.
    Moga semuanya baik-baik saja till Jannah.

    ReplyDelete
  2. happy anniversary ..smoga bahagia till jannah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Happy anniversary MamaYan..
    Sha doakan semoga bahagia hingga ke syurga.. Aamiin..

    ReplyDelete
  4. selamat hari ulang tahun perkahwinan...Alhamdulillah 18 tahun sudah.
    hambik...lewat 2 minggu baru ammi wish.

    semoga ikatan kasih sayang terus utuh dan bahagia hingga ke sana kelak

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad