Cara Menjaga Anggota Badan dengan Betul - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, July 17, 2023

Cara Menjaga Anggota Badan dengan Betul

 

Kuku Kaki & Tangan

Keadaan kuku kita sebenarnya mencerminkan gambaran cara kita menjaga kebersihan. Terdapat beberapa panduan bagi mendapatkan kuku yang sihat dan kuat. Antaranya ialah:

● pengambilan makanan sihat dan seimbang

● Makan makanan seperti timun, bawang putih, kekacang, bawang besar, asparagus, hati dan salmon

● Jangan sesekali menggigit kuku

● Tabiat suka menggigit kuku boleh menyebabkan kuku rosak. Keadaan akan bertambah buruk kepada penghidap penyakit diabetes kerana boleh menyebabkan jangkitan pada kuku.

● Jangan gunakan kuku untuk mencungkil objek keras. la boleh menyebabkan kuku tersiat, tercalar, serpih atau patah,

● Makan dan amalkan vitamin seperti vitamin A, B, C, D-dan E kerana ia baik untuk kuku


cara jaga kaki
Siap beli Foot masker bagai,
bila entah nak pakai..haha


Rambut

Rambut diumpamakan sebagai mahkota wanita. Namun, tidak terkecuali juga bagi kaum lelaki. Ikuti tips ringkas di bawah untuk penjagaan rambut.

● Gunakan perapi selepas bersyampu untuk kelembapan rambut dan meneutralkan kembali sifat asidik shampu rambut

● Pastikan kita membilas shampoo rambut sehingga bersih

● Jangan keringkan rambut dengan menggosok-gosok pada tuala kerana ia akan menjadikan kutikel rambut kasar

● Basahkan rambut terlebih dahulu dengan air biasa sebelum berenang di lauat atau kolam mandi untuk mengelakkan penyerapan air masin atau klorin

● Jangan ikat rambut terlalu ketat dan jangan ikat rambut semasa tidur

● Kurangkan pemakaian mousse atau spray penggaya rambut

● Gunakan serum rambut untuk membaiki rambut lebih lebih bagi kita yang menggunakan pengering rambut.

● jangan sesekali memakai tudung ketika rambut masih basah dan membiarkannya terkedap dalam tempoh lama


Mulut

● Mulut dan gigi yang bersih memberi daya penarik kepada anda. Menjaga kebersihan mulut sekaliqus menjadikan gigi anda sihat.

● Mulut dan gigi yang sihat turut membantu badan cergas dan sihat.

● Gosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari

● Amalkan berkumur selepas makan

● Berkumur dengan cecair khas

● Kurangkan minuman sejuk yang melampau

● Tukar berus gigi setiap tiga hingga empat bulan. Semakin lama ia digunakan

semakin banyak bakteria yang melekat.

● Berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan,



Mata

Mata sering terdedah kepada udara yang tercemar, bakteria, udara kering, angin dan alat solek.la secara tidak langsung boleh menyebabkan alahan dan kecederaan. Anda perlu:-

●  Membaca pada jarak 33 hingga 40cm

● Jangan memandang skrin secara berterusan. Alihkan pandangan ke objek lain 10 saat bagi 10 minit.

● Tukar posisi bekerja sekurang kurangnya dua jam sekali untuk merehatkan mata anda

● Cahaya mencukupi ketika membaca

● Jangan memandang tepat ke arah matahari

● Gunakan pelindung sekiranya panas terik


Telinga

Tidak perlu terlalu kerap membersihkan telinga kerana ia boleh menimbulkan iritasi telinga di bahagian dalam yang menyebabkan gangguan pendengaran seseorang. la bergantung dengan kotoran, jika kotorannya padat sebaiknya dibersihkan di bahagian luar sahaja. Namun usah bersihkan bahagian dalamnya terlalu kerap. Ini kerana kotoran tersebut akan keluar dengan sendiri.


Hidung

Bersihkan hidung anda setiap kali anda mandi. Anda tentu tidak mahu ada yang terlihat khazanah' anda yang' mampu meloyakan sesiapa yang memandang bukan? Bagi yang mempunyai bulu hidung yang panjang, pastikan ia dipotong rapi ya?


Bagaimana? adakah anda menjaga anggota badan dengan baik?



6 comments:

  1. Perkongsian yang bagus. Kadang kita selalu terlupa atau terlepas pandang bab penjagaan ni kan

    ReplyDelete
  2. Terima kasih share kak. Tang jumpa doktor gigi secara berkala tu yang payahnya. huhu...

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak yan untuk tips dan perkongsian yang bagus!!!

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad