Kek Butter Marble Pandan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, July 1, 2023

Kek Butter Marble Pandan


Sebelum raya puasa hari tu,
MY beli beberapa ketul butter.
Acah acah nak buat kuih raya banyak banyak,
lepas tu nak bagi saudara mara dan rakan taulan sikit.
Tapi, tiga minggu sebelum raya MY demam dan gastrik.
Asyik terbaring je.
Langsung tak larat nak buat buat kuih.
Masak untuk berbuka pun simple simple je.
Puasa pun banyak lompang lompang sebab muntah gastrik berkali kali.
Makanya, butter pun terus membeku dalam freezer.

Sebab sayangkan butter mahal tu,
MY pun menggagahkan diri ajak Sarah buat kek marble yang simple dan mudah ni.
Google resipi yang paling simple,
resipi yang paling senang nak buat dengan bahan bahan yang ada kat rumah,
Jumpa lah dengan resipi kek marble che nom.
Memang senang je nak buat.

Resipi Kek Marble Pandan Mudah

Bahan-bahan :

5 biji telur
220 gram tepung naik sendiri
170 gram gula caster
60ml susu kotak penuh krim
1 sudu kecil esen vanila
2 susu kecil ovalette
150 gram mentega dicairkan
1 sudu besar emulco pandan

Cara cara membuatnya:

Mula-mula sediakan loyang 8 inci x 8 inci. Alas dengan kertas minyak (baking paper)
Cairkan mentega, sejukkan.

Masukkan telur, gula kaster, susu kotak, esen vanila, ovalette ke dalam mangkuk pengadun.
Ayakkan tepung ke dalam mangkuk pengadun.
Putarkan dengan kelajuan rendah dahulu.
selepas sebati, tukar kepada kelajuan sederhana selama lebih kurang 12 minit atau sehingga adunan kembang, dan putih.
Tukar semula kepada kelajuan perlahan, dengan sedikit demi sedikit, tuang mentega ke dalam mangkuk  adunan.
Putar sehingga sebati selama beberapa minit sahaja.
Hidupkan oven dengan suhu 150 darjah Celcius.

Selepas itu, tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar. 
Jangan habiskan semua, tinggalkan anggaran sesenduk untuk dibuat perisa pandan.
Sedikit baki tepung dalam mangkuk pengadun dicampur dengan emulco pandan.
kacau sebati dengan emulco pandan, kemudian masukkan dalam piping bag.
Paipkan perisa pandan ke dalam adunan yang telah berada dalam loyang.
Buat corak di atas kek.
Buatlah cantik cantik.
Mama Yan punya corak ni,
Sarah yang baru darjah 3 tu yang lorekkan coraknya.
terimalah seadanya.

Bakar adunan menggunakan api 170 darjah Celcius selama 40 minit.
Kemudian,
10 minit terakhir, setting api atas menjadi 150 darjah Celcius.
Kalau oven yang takde api atas, tak payah tukar api atas.

Bila dah masak,
telangkupkan kek keluar dari loyang.
Caranya, hiris kek bahagian tepi loyang,
dan telangkupkan.
sejukkan kek sebelum dipotong,
InsyaAllah, kek memang jadi gebu dan sedap.
Bukan puji diri sendiri,
Puji tahap kerajinan hari tu.
Rasa macam tak caya pulak boleh jadi rajin gini..hahaha

 

“Can’t Separate A Mother From Her First Daughter, Their Bond Is On Another Level.” 



 

4 comments:

  1. Wahhhhh...elok kejadiannya.
    Syu dah lama x buat kek
    Malas
    Beli dh siap jer 😂

    ReplyDelete
  2. Kesiannya MY kena gastrik.
    Sebut pasalkek butter, seakan-akan terbau aromanya yang wangi. Sedapnya!

    ReplyDelete
  3. Semoga dikembalikan kesihatan MY nanti, boleh buat kek byk2, jgn lupa rakan taulan yg ini ya 😆

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad