Ibadah korban tahun 1444 Hijrah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, July 5, 2023

Ibadah korban tahun 1444 Hijrah

Alhamdulillah,
syukur di atas rezeki yang Allah kurniakan,
Maka tahun ni dapat kami laksanakan ibadah korban di kampung halaman suami.
Tahun lepas,
kami tak buat korban seekor lembu.
Cuma letak nama mak abah dan adik MY untuk tiga bahagian di kampung MY di Raub.
Tapi lagi beberapa hari nak korban, 
Abah MY letak nama anak perempuan Mama Yan pula.
Jadi tahun ni,
Nama Sarah tak masuk sebab dah buat tahun lepas.
Kami ni berlapan,
Maknanya lepas ni kena extra seekor kambing pula la...hahaha..

Bapak mentua MY pun buat juga korban seekor lembu.
Jadi ada dua ekor sembelihan korban di rumah mentua tahun ni.

Aidil adha 2023
Yang ni lembu yang kami korbankan tu.
Harganya RM 6500.
MY letak harga kat sini untuk mudahkan rujukan sendiri di tahun tahun akan datang.
Tuan lembu ni budak kat kampung suami ni juga.
Kawan sepermainan suami masa kecil kecil dulu.
Sempat la berbual bual dengan tuan lembu ni.
Dia kata,
nak bela lembu ni memang kena bagi komitmen 200 peratus.
Masa baik, senang jaga.
Masa dia meragam,
huhu... pening juga.
Yelah, bukan kita boleh baca apa yang lembu ni mahukan.
Paling susah nak jaga ibu lembu baru beranak.
Nak dekat pun tak boleh.
Ibu lembu tu mengejar.
Tali pusat anak lembu tu, kalau basah, boleh berulat.
Nak sapu alkohol pun susah. 
Main sembur aje pakai botol spray aje dari jauh.

Diorang bela lembu ni dalam kawasan kebun sendiri yang berpagar,
Siap pagar elektrik voltan rendah.
Jadi lembu bebas meragut.
Tak sama dengan sistem lembu kandang.
Tapi tak mengapalah, yang penting,
Lembu lembu mereka dijaga dengan baik.
Diberi makan dengan baik.
Buka melata tepi jalan makan tanaman orang.
Lagipun, bila nak buat korban atau akikah,
memang nak kena jaga baik baik sebab ada ciri ciri haiwan yang perlu dipatuhi.
Kalau tak dijaga dengan baik,
silap silap eksiden, cacat pulak nanti.

Ciri- ciri haiwan yang boleh dikorban itu adalah:

1. Haiwan ternakan:-
Ternakan seperti lembu, kerbau, unta, dan semua jenis kambing seperti biri-biri, boer atau jamnapari. Maknanya, haiwan buruan seperti rusa, kijang, gajah tak boleh disembelih sebagai korban ya.

2. Haiwan ternakan dalam keadaan sihat:-
Kalau lembu tu ada penyakit tak boleh dijadikan haiwan korban.
Kalau boleh yang gemuk.

3. Tidak cacat
Haiwan sembelihan hendaklah cukup sifat dan sempurna fizikalnya. 
Tak buta, tak putus telinga, tak putus ekor, tak tempang

4. Cukup umur minimum:-
Lembu / kerbau (2 tahun ke atas)
Unta (5 tahun ke atas)
Kambing (2 tahun ke atas)
Biri-biri (1 tahun ke atas)

Lembu korban
Ni Abang Long suami..
Bulan ni dah pencen wajib .
60 tahun sudah umurnya.
Tahun ni pun masih Ustaz Nizam Felda Kemelah jadi tukang sembelihnya.

Sebenarnya, lebih afdal bagi orang yang melakukan korban menyembelih sendiri korbannya.
Tapi suami MY,
pandai sembelih ayam je.
Oleh itu, wakilkanlah kepada orang lain untuk membuat sembelihan tersebut. 
Suami dan anak anak hadir sama menyaksikan lembu korban tersebut disembelih.
Tapi, kerja kerja menumbangkan lembu dibuat terlebih dahulu bersama beberapa orang rakan suami.
Jadi, ustaz datang tinggal nak baca nama, nak baca doa dan sembelih sahaja.
Jimat sikit masa ustaz nak round satu kampung buat sembelihan.

Syarat-syarat Sah penyembelih haiwan korban itu ialah:-
1. Muslim
2. Mumayyiz dan berakal
3. Telah akil baligh
4. Pandai Menyembelih
5. Tiada paksaan
6. Tidak boleh disembelih oleh orang kafir
       

Ibadah korban aidil adha
Kerja-kerja melapah dan membahagikan daging dilakukan bersama sama dengan rakan rakan serta saudara mara.
Alhamdulillah..
Semangat gotong royong masih pekat likat di kampung suami ni.
Anak MY?
dia tolong catat timbangan aje..
hahaha...
Nak pegang daging pun geli + takut.
adoiai...
budak bandar sangat konon.
pembersih tak bertempat.

MY bersyukur sangat dapat lagi sekali laksanakan ibadah korban tahun ni.
Lepas ni,
Kita mula mengumpul lagi ya untuk ibadah korban tahun hadapan dan tahun tahun akan datang.
Semoga Allah permudahkan... Aminn




 

7 comments:

  1. Alhamdulillah.. dah kena mengumpul balik kalau berhajat nak berkorban tahun depan. Kawan sepejabat sy umur awal 20-an, dah jadi penyembelih korban. tengok video dia kagum sungguh, baru mendirikan rumahtangga, orangnya kecik tapi berani.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilla.. dipermudahkan semuanya..

    ReplyDelete
  3. Tahniah
    Selamat menjalani ibadah qurban

    ReplyDelete
  4. salam singgah. alhamdulillah. seronok dgr kawan - kawan dan kenalan dapat menunaikan ibadah korban tahun ni. kami? last minit, tapi itulah tak berjaya juga. namun, Allah beri rezeki daging korban tahun ni smpai 3 tempat. itu tandanya Allah mintak kami kena juga ibadah korban tahun depan. insyaa Allah

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah syukur dapat tunaikan ibadah qurban. Mudah-mudahan Allah bagi rezeki lagi untuk kita laksanakan ibadah qurban ni di tahun² mendatang 🤲

    ReplyDelete
  6. bagus tu mama yan... abe kie n isteri pun cuba buat korban tiap2 thn selagi ada kemampuan. Jika x berkorban x de suasana raya pun kat sini.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..Terlaksana korban tahun ni ye kak..Meriah tu.. .Memang digalakkan buat korban setiap tahun.. Besar pahalanya.. Boss saya dulu selalu suruh simpan duit, asingkan untuk join buat Qurban setiap tahun..Rebut peluang yang ada. Moga Qurban kita diterimaNya.. Aamin!

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad