Gotong-royong Madani - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, August 15, 2023

Gotong-royong Madani

Kelmarin, 13.8.2023,
sekolah anak ada buat gotong royong madani.
Bersihkan beberapa kawasan sekitar sekolah...
Tapi kami masing masing datang lenggang kangkung.
kahkahkah.
Patutnya dari awal dah bahagikan kumpulan dengan cikgu cikgu pembimbing.
Bahagikan dari awal nak bawa apa..
nak beli apa...
Sudahnya..
Kebanyakan ibu ibu yang datang dalam 15 orang tu,
pakat bawa makanan potluck aje.
lebih makan dari buat kerja nampaknya..kihkihkih

nak bersihkan kolam ikan ni.
asalnya kolam ni penuh lumut,
batu dan sampah.
ikan puyu sekor.
tapi masing masing tak bawa berus lantai.

waterjet ada sebiji je..
tempat lain pun nak pakai juga.
pastu,
lepas dah keluarkan air,
tuang sabun..sental..
Adoii... nak bilas semula dari air sabun tu...
memang buang karan, air dan masa.
padahal tak perlu sabun pun..
itu lumut..
bukannya minyak enjin.

gotong royong

tengok masing masing blur sotong,
MY pun balik kejap.
Ambil berus lantai,
ambil tong cat kosong,
ambil pokok, tanah, sudip.
Kalau dah plan dari awal, senang la sikit

gotong royong
Pokok ni Mama Yan yang tanam.
Ambil dari rumah sebab kat rumah banyak sangat.
Dah beranak pinak sampai dah malas nak layan.
hari tu baru je buang berpasu pasu..
Ni dah membiak semula.
Bawa sekolah je lah tanam dalam tayar tu.
Sebab pokok dalam tayar ni dah arwah

lanskape sekolah
Pokok bunga banyak,
tapi tak diselenggara dengan baik.
Tukang kebunnya sorang je rasanya.
dialah pungut sampah dari setiap kelas,
dia siram pokok,
dia potong rumput,
sapu daun kering,
manalah sempat nak repot pokok la..
baja pokok la...
kerja seharian pun dah sedia banyak. 

landskap sekolah
Budak budak darjah 6 yang memang penyibuk..
acah acah dah senior la katakan...
tapi landskap kat sekolah ni memang cantik idea asalnya,
Cuma kurang dijaga aje la..
Lepas tu kat kawasan depan tu pulak,
ada buat taman mini yang banyak nak kena cat baru.
Cikgu takde pulak cakap nak kena mengecat.
Hmm..sudahnya lagi ramai mandur dari yang buat kerja.
dah berus cat ada 4 ke 5 je.
kerjanya ada banyak.
Kalau bagitahu awal awal,
mohon ibu bapa membawa berus cat bersama,
boleh la MY selongkar stor cari berus cat.
Cat lebih lebih projek pun banyak.
Tapi tak sampai satu tong penuh.
tinggal sikit sikit.
Nak buang sayang,
Simpan semak pulak.

Sesi bergambar sebelum bersurai.
Kaum bapak adalah dalam 10 orang, tapi sorang pun tak mahu bergambar.
Selain ibu bapa,
Kami juga dibantu oleh pelajar pelajar Giat Mara cawangan Tanjung Piai.

Tak kisah orang lain,
yang penting MY nampak macam comel je...hahaha



 

13 comments:

  1. Syok gotong royong mcm ni, tapi tak cukup info pulak eh 😂 Sayang sekali. Teringat zaman sekolah dulu selalu gotong royong.

    ReplyDelete
  2. Gotong royong pun letak nama MADANI ya 😄

    Harap lepas ni cikgu penyelaras tau mengatur dengan lebih baik, taklah ramai jadi mandur 😆

    ReplyDelete
  3. camne lah tu ye gotong royong tp tak di plan dengan betul, buang karan betul kan. tapi nampak mcm masing2 seronok tu kan , siap bwk pokok ye. Nanti boleh cakap kat anak2 suh tengok kan pokok yang MY tanam

    ReplyDelete
  4. Terbaik. Untung sekolah tu parents datang sama-sama tolong.

    ReplyDelete
  5. Bagusnya..parent pun tolong sama...terbaikkk...

    ReplyDelete
  6. taman di sekolah ni kena ada guru yg mmg betul2 committed baru menjadi. cakap dari pengalaman la gitu ye. hehehe

    ReplyDelete
  7. Pernah juga join dulu tapi lebih kepada hias kelas anak.

    ReplyDelete
  8. Setakat anak NH sekolah ni , tadak lagi la acara gotong royong acenni . Macam best luang masa kat sekolah anak .

    ReplyDelete
  9. Sepatutnya ada coordination, baru tak membazir masa & tenaga kan...sekolah Abang kalau ada gotong-royong mmg dipesan siap² bawa peralatan dan pembahagian kerja.

    ReplyDelete
  10. Kesian gardener tu ye…semua kerja dia kena buat

    ReplyDelete
  11. bagus mama yan, rajin ikuti prog sek anak

    ReplyDelete
  12. program yg bagus but kena ada plan yg betul2

    ReplyDelete
  13. Jenuh juga kalau sorang je tukang kebunnya.. Seronok aktiviti macam ini.. berama mesra dengan ibu bapa lain dan cikgu..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad